Khamis, 21 Jun 2012

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


KONSERT KENANGAN SUDIRMAN 3 JUN 2012 <b>DI CHERAS</b>, KUALA

Posted: 02 Jun 2012 06:27 AM PDT

Bakal dijayakan ramai selebriti popular tanahair, Konsert Kenangan Sudirman akan di adakan pada 3 Jun 2012, Ahad pukul 9.00 malam. Memilih lokasi di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur, konsert yang di adakan secara percuma itu akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima.
Dihoskan Dato' AC Mizal, Konsert Kenangan Sudirman yang dianjurkan Astro dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu akan menampilkan Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Jaclyn Victor, Hafiz, Adira, Azlan and The Typewriter, Hujan, Ziana Zain, Osbon, Didie Alias, Akim dan ramai lagi.
Konsert yang dianjurkan Astro ini merupakan antara konsert terbesar yang dirancang sejak sekian lama, memandangkan Sudirman Hj. Arshad pernah mengadakan konsert terbukanya di Jalan Chow Kit sekitar tahun 1986. Percaya atau tidak, pihak Astro dalam niat asalnya mahu mengadakan konsert kenangan ini di Chow Kit sebagai mengimbas kembali detik bersejarah itu. Apakah benar?. Tepuk dada tanya selera.
Oh ya, apa yang menariknya ; Konsert Kenangan Sudirman ini juga akan menampilkan beberapa pelakon dari filem 'Hoore Hoore', antaranya Akim, Kilafairy, Nor farah dan sebagainya. Difahamkan, banyak lagu-lagu popular Sudirman Hj Arshad akan dipersembahkan di Malam Konsert Kenangan tersebut. Bagi anda yang tidak mempunyai perancangan esok malam, apa kata jangan lupa datang menyaksikan Konsert Kenangan Sudirman di Stadium Bola Sepak, Cheras, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads