12 di shah alam - Google Blog Search |
Restoran Nasi Kukus baru <b>di Shah Alam</b> Posted: 06 Jun 2012 06:43 PM PDT Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ketika Kembara Musafir Beijing aku dapat sms jemputan pembukaan Restoran Nasi Kukus daripada sahabat baik Hj Azhar, Bos Besar Segi Seri Sdn Bhd. Pernah sekali blog Denaihati iklankan peluang pekerjaan di syarikat beliau akhir tahun lepas. Segi Seri Sdn Bhd sebuah syarikat pengendali makanan yang agak besar dengan kekuatan tenaga kerja lebih 600 orang. Restoran Nasi Kukus yang terletak di no 16, Jalan Opera L 2U/L, Taman TTDI Jaya, Shah Alam merupakan restoran kedua selepas Restoran Steamboat di Seksyen 23, Shah Alam yang merupakan restoran steamboat terbesar di Shah Alam. Alhamdulillah aku dan famili serta Tuan Hj Zainal dijemput makan tengahari untuk menikmati juadah enak di restoran baru. Restoran memang besar ada dua ruang makan dengan setting yang berbeza. Lokasi sangat menarik dan mudah dijejaki ditepi jalan besar TTDI Jaya depan kompleks sms PDRM dengan ruang pakir yang banyak. Jadi jangan risaulah kalau nak datang bawa keluarga atau kawan-kawan makan di Restoran Nasi Kukus. Kepada peminat masakan Pantai Timur masakan gulai daging lembu dan kambing memanglah enak sangat. Nasi kukus bersama ayam goreng juga sedap jadi kepada rakan pembaca di Shah Alam dan sekitar jangan lepaskan peluang menjamu selera di Restoran Nasi Kukus terbaru. Biasalah awal-awal ni mesti ada yang tak sempurna jadi kalau ada cadangan untuk memperbaiki prestasi sila kemukakan jangan disimpan dalam hati. Kepada yang mencari peluang kerja boleh juga contact Tuan Hj Azhar, Bos Besar Segi Seri Sdn Bhd atau datang terus ke Wisma Segi Seri di seksyen 23, Shah Alam. Nak berjaya mesti cari pengalaman bekerja dengan mereka yang sudah berjaya. |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan