12 di ampang - Google Blog Search |
Kerani dibakar depan rumah <b>di Ampang</b> - LAMAN KL-TODAY.COM Posted: 28 Jun 2012 11:45 PM PDT
"Mangsa diserang oleh suspek yang dipercayai lebih daripada seorang. Mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan hangus akibat dibakar," katanya. Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek menunggu mangsa pulang dari kerja. "Barang-barang berharga milik mangsa seperti dompet dan telefon bimbit masih berada pada mangsa dan kita tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah disebabkan cemburu," katanya. Katanya, polis masih menyiasat bahan yang digunakan oleh suspek untuk membakar mangsa. Mangsa menetap di rumah itu bersama kakaknya sejak lima tahun lalu. "Dalam masa itu juga ada jiran lain yang datang untuk padamkan api," katanya. Efa berkata, ia berlaku begitu pantas kerana selepas 10 minit kemudian mangsa sudah tidak bernyawa dan kejadian itu tidak disedari kakak mangsa yang berada di dalam rumah kerana beliau pekak dan bisu. "Saya rasa mangsa mungkin dipukul terlebih dahulu sebelum dibakar kerana itu jeritan suaranya hanya kedengaran sayup sahaja," katanya. Katanya, sebelum kejadian itu, terdapat jiran yang melihat kelibat orang luar di kawasan sekitar apartmen sejak 7.30 malam. |
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan