Menyampaikan Ceramah Penerangan Rakyat <b>di Ijok</b> | Saari Sungib <b>...</b> Posted: 18 May 2012 08:48 AM PDT Ijok, 18 Mei 2012 – Saari telah diundang oleh Pakatan Rakyat kawasan Ijok untuk menyampaikan ceramah penerangan rakyat yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya. YB Kesevan menyampaikan ceramah beliau berkenaan kes yang sedang dibuka oleh mahkamah Perancis berkaitan pembelian kapal selam Scorpene oleh kemeterian pertahanan Malaysia yang melibatkan komisen 500juta dan terbunuhnya seorang warganegara Mongolia YB Ng Swee Lim menyampaikan ceramah beliau mengupas kehadiran rakyat ke perhimpunan Bersih 3.0 yang membuatkan Najib Tun Razak tidak berani membubarkan perlimen untuk mengadakan pilihanraya dalam mas terdekat Saari menyampaikan ceramah menerangkan dasar berkebajikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam memulangkan hasil kekayaan kepada rakyat melalui pelbagai program yang dijalankan Sdr Fariz Musa menyampaikan ceramah beliau mengenai pelbagai skandal yang melibatkan pemimpin Umno-BN yang tidak akan dilaporkan oleh media arus perdana Penduduk yang hadir mendengar ceramah yang disampaikan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan