Rabu, 11 Julai 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Masjid Bandar <b>Bukit Raja</b>: KARMA BBR 2.0 BERLANGSUNG <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 10:44 AM PDT

KARMA BBR 2.0: Penat lelah para AJK dan sukarelawan selama 2 hari pada 30 Jun dan 1 Julai 2012 berbaloi selepas objektif asal penganjuran karnival ini mencapai matlamatnya.

1. Kutipan keseluruhan mencecah RM 106 ribu dengan sasaran asal RM 100 ribu.

2. Hebahan tabung pembinaan masjid diperluaskan sehingga ke sekitar luar BBR iaitu meliputi Kapar, Meru, Shah Alam malah ada juga sehingga ke Sungai Besar. Buktinya, seramai 3500 orang pengunjung telah direkodkan sepanjang 2 hari karnival ini.

3. Penglibatan agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan rekreasi dalam usaha menjalin ukhuwah dan kerjasama demi penganjuran akan datang. Buktinya, terdapat penglibatan padu daripada pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Selangor, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Pusat Kesihatan Daerah Klang, Jabatan Mufti Bahagian Falak, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Lembaga Zakat Selangor, Lescopaque (Upin Ipin), Galeri Ilmu, Soopa Doopa & Spider Dritf dan banyak lagi.

4. Matlamat menyatukan masyarakat berbilang kaum di BBR dan sekitarnya bukan sahaja sesama muslim. Buktinya, terdapat penglibatan golongan non-muslim dari program Taichi, Streetsoccer, Waterball, Soopa Doopa, Spider Dritf dan Liga Bolasepak BBR.

5. Pendedahan cintai masjid kepada golongan remaja dan kanak-kanak. Buktinya penglibatan ramai dalam pertandingan mewarna gambar masjid, menderma bersama Upin & Ipin dan program ilmiah bersama Ustaz Zamri MANTOP.

6. Membantu golongan peniaga kecil di sekitar BBR. Sebanyak 23 lot gerai basah telah dipenuhi dengan pelbagai menu dan juadah. Bagi membantu golongan ini, semua AJK dan sukarelawan telah disediakan kupon untuk pembelian juadah makan tengahari digerai-gerai ini.

7. Membudayakan perniagaan Islam sepertimana diamalkan di Mekah dan Kelantan. Gerai-gerai ditutup sementara waktu pada masa masuknya waktu solat. Semua transaksi perniagaan dihentikan.

8. Menyemai umat solat berjemaah. Semua pengunjung, peniaga dan petugas diwar-warkan solat secara berjemaah di surau sementara yang disediakan. Didapati surau berkenaan dipenuhi dengan para jemaah setiapkali masuknya waktu Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

9. Memperkenalkan apa itu konsert kesenian dalam Islam. Seramai 6 artis telah menjayakan konsert ini yang masing-masing menyeru kepada semua hadirin untuk sentiasa mengingati ALLAH SWT di sepanjang konsert berlangsung.

10. Usaha penganjuran ini mendapat 'restu' dan doa dipermudahkan segala urusan oleh para solihin dan ilmuwan. Antaranya YB Dr Rani, Ustaz Zamri Mantop, Kamal Afendi Hashim, Ustazah Zawiyah Hassan, Dr Shauqi Othman, Ustaz Kapten Asri, Ketua Kampung Meru, Ketua Kampung Batu Belah, Nazir Masjid Batu Belah dan Imam Masjid Batu Belah.

TAHNIAH dan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Doakan yang terbaik buat Masjid Kita!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads