12 di meru - Google Blog Search |
1 TAIPINGMALI: Respon Pasaraya Mydin <b>di Meru</b> Raya. Posted: 02 Jul 2012 02:05 AM PDT Pihak Pengurusan Pasar Raya Meru Raya Ipoh turut dikejutkan dengan kehadiran kumpulan politik berkenaan di premis kami kerana tiada sebarang permohonan ataupun maklumat dibuat kepada pihak Pengurusan pasar raya kami. Kehadiran kumpulan politik ini secara tiba-tiba sekaligus mengedarkan risalah yang sememangnya diluar pengetahuan kami telah menyebabkan pegawai Keselamatan kami menghampiri mereka serta memohon agar menghentikan segala aktiviti yang dijalankan. Namun teguran kami tidak diambil endah malah pegawai keselamatan kami telah dimarahi pula. Ekoran daripada ini, pihak Pengurusan Pasar Raya MYDIN Meru Raya telah berjumpa ketua kumpulan politik berkenaan meminta secara baik agar menghentikan sebarang perkumpulan dan pengedaran risalah serta beredar dengan tenang. Kumpulan politik berkenaan kemudian memohon maaf serta terus beredar di bawah pengawasan pihak Keselamatan kami. Saudara Razman yang dihormati, Kami harap penjelasan di atas telah mengupas perihal perkara yang sebenarnya dan semoga pandangan was was dari saudara terhadap pasar raya MYDIN milik anak tempatan ini berikutan isu di atas telah terjawab. Salam hormat dari kami serta Salam Syaaban. |
You are subscribed to email updates from di meru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan