Sabtu, 14 Julai 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


Blog Imma: INSTITUT PENGAJIAN TINGGI <b>DI NEGERI SELANGOR</b> <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2012 08:06 PM PDT

Seperti yang dijanjikan... berikut adalah ringkasan yang dibuat oleh pembentang iaitu PROFESOR DR. ANUAR BIN HAJI AHMAD dari Universiti Selangor (UNISEL). 


       Isu memenuhi pasaran kerja negara adalah suatu isu yang sedang hangat dibincangkan bukan sahaja di malaysia, malah di seluruh dunia. Ini memandangkan banyak pusat-pusat dan blog-blog yang dibina di seluruh dunia bagi menganalisa isu ini. Tidak dinafikan, bilangan graduan semakin meningkat daripada tahun ke tahun, manakala  bilangan pekerjaan yang disediakan semakin berkurang. Dua perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah, pertama graduan yang keluar tidak sepertimana kehendak pasaran disebabkan oleh bidang yang tidak sesuai; dan keduanya, graduan yang keluar tidak mempunyai  kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi atau meyakinkan bagi sesuatu kerja; masalah ini adalah masalah employability atau kebolehpasaran para-graduan walaupun bidang yang dipelajari telah menepati kehendak pasaran.
Di peringkat negara, kurangnya kemasukan pelajar-pelajar ke bidang sains, teknologi dan kejuruteraan di universiti-universiti adalah punca utama mengapa miss-match ini berlaku. Puncanya adalah disebabkan penurunan yang ketara lulusan spm dan stpm yang mengikuti bidang sains. Berdasarkan tinjauan di dua puluh buah sekolah di Selangor tidak termasuk sekolah menengah sains dan maktab rendah sains mara (MRSM) kurang daripada 20% menyediakan kelas-kelas aliran sains. Usaha perlulah dibuat oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan minat pelajar mengikuti bidang sains di peringkat sekolah lagi. Insentif-insentif juga perlulah difikirkan. Usaha-usaha ini akan dicadangkan di dalam kertas kerja ini.
" jika matlamat untuk meningkatkan pelajar dalam jurusan sains kepada 60% tidak dipenuhi, maka usaha negara untuk menghasilkan sumber tenaga kerja berkemahiran akan terencat dan seterusnya perkembangan ekonomi malaysia ke arah perindustrian juga akan turut terjejas. Bukan itu sahaja malah usaha untuk menyusun semula masyarakat agar lebih ramai bumiputera menceburi kerjaya dalam bidang sains dan teknologi tidak akan tercapai. Ini seterusnya boleh menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat saintifik selaras dengan wawasan 2020." [saniah sembak national academic conf. 2011].
Bidang-bidang profesional lain seperti perakunan, arkitek (bukan sains) dan sains perubatan juga masih jauh kekurangan graduan untuk memenuhi pasaran. Masalah kebolehpasaran adalah perkara kedua yang akan dibincangkan. Fokus akan diberikan kepada bagaimana universiti perlu membina pengajaran dan pembelajaran yang boleh meningkatkan kebolehpasaran para-graduan. Topik yang sedang hangat dibincangkan di seluruh dunia sekarang ini adalah pedagogy for employability. Topik-topik lain yang akan dibincangkan adalah peningkatan soft-skill, mata-pelajaran keushawanan dan leadership-skill yang mana boleh meningkatkan kebolehpasaran para-graduan di peringkat negara dan juga global.
Nantikan perkongsian yang ke seterusnya.... 

Sassy MP » Blog Archive » Jawapan Lisan Dewan <b>Negeri Selangor</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jul 2012 09:22 PM PDT

PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA

Y.B. DATUK MOHD ISA BIN ABU KASIM

(BATANG KALI)

 TAJUK : TAPAK INDUSTRI

Berapa tapak industri yang sedia diwujudkan untuk membina kilang-kilang yang dapat memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Bertanya kepada Y.A.B. Dato' Menteri Besar :

a)    Berapakah nilai pelaburan baru 2010 hingga 2012 yang membina kilang di kawasan industri yang sedia ada?

b)    Berapakah peluang pekerjaan telah diwujudkan dalam industri perkilangan sejak tahun 2010?

c)    Apakah usaha Kerajaan Negeri menarik pelabur untuk melabur di Negeri Selangor?

JAWAPAN:

a)    Bagi tempoh 2010 hingga April 2012 sebanyak 431 projek baru telah diluluskan di Negeri Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 11,937920193. Daripada jumlah ini sebanyak RM 8,050,610096 adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 3,887,310,397 daripada pelaburan asing. Sila rujuk kepada Jadual.

a)    Bagi tempoh 2010 hingga April 2012 sebanyak 57,451 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan daripada 678 projek yang diluluskan. Sebanyak 33,272 adalah daripada pelaburan baru dan sebanyak 24,179 daripada projek pembesaran dan pengembangan pelaburan.

b)    Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan negeri untuk menarik pelaburan ke Negeri Selangor adalah seperti berikut;-

i.    Memastikan iklim pelaburan yang kondusif melalui pelaksanaan dasar pelaburan yang pragmatik dan telus untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing.

ii.    Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat, termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

iii.    Penubuhan jawatankuasa PEMUDAH Negeri Selangor bagi menambahbaikan sistem penyampaian di Negeri Selangor.

iv.    Penubuhan Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap kawasan perindustrian di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

v.    Menaiktaraf infrastruktur di kawasan-kawasan industri serta menyediakan kawasan perindustrian yang selesa seperti Selangor Science Park.

vi.    Mempercepatkan proses kelulusan permohonan seperti Permohonan Sijil Layak menduduki, Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan dan lain-lain kelulusan yang diperlukan pihak industri/pelabur menerusi One stop Centre (OSC) yang ditubuhkan di setiap PBT.

vii.    Konsep Mesra Pelabur yang diterapkan dengan mengadakan lawatan dan perjumpaan dengan pihak industri secara berkala bagi mendapatkan maklum balas mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri/pelabur di Selangor.

viii.    Mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang dihadapi pihak industri.

ix.    Pemantauan yang lebih kerap terhadap projek-projek yang sedang dilaksanakan.

x.    Penganjuran dan penyertaan dalam misi-misi pelaburan ke luar negara

xi.    Bekerjasama dengan pihak swasta dan dewan-dewan perniagaan dalam dan luar negara bagi menarik pelaburan dan menggalakkan aktiviti pelaburan.

xii.    Meningkatkan program dialog bersama industri bagi mengenalpasti isu/permasalahan yang dihadapi bagi mencari jalan penyelesaian agar pihak industri terus beroperasi.

xiii.    Penubuhan Unit Pelaburan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan bagi memudahcara dan membantu para pelaburan dalam proses pelaburan di Negeri Selangor.

(Y.B. TERESA KOK SUH SIM)

Pengerusi

Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Negeri Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads