Sabtu, 29 September 2012

12 di batang kali - Google Blog Search

12 di batang kali - Google Blog Search


Belantan: Rumah urut &#39;Ronnie Liu&#39; <b>di Batang Kali</b> &#39;catat sejarah&#39;?

Posted: 08 Aug 2012 10:37 AM PDT


Penduduk Batang Kali yang dahulunya tenang kini mula risau dengan kewujudan pusat urut dan hotel bajet yang mula dibuka di pekan kecil itu di Hulu Selangor.

Kebanjiran pusat urut di Selangor sejak akhir-akhir ini bagaikan tidak mampu dibendung.

Ia bercambah begitu pantas seolah-olah sebuah industri yang membawa pelaburan menguntungkan kepada kerajaan sehingga kelihatan digalakkan pula.

Jika sebelum ini penggemar khidmat urutan badan oleh wanita seksi warga asing tertumpu di Seri Kembangan, Ampang, Kajang dan Puchong, kini mereka mungkin boleh berkira-kira untuk menikmatinya di bahagian timur laut negeri ini pula.

Ini kerana sudah terdapat rumah urut perintis di Bandar Utama di Batang Kali, yang telah lapan bulan beroperasi menurut penduduk yang ditemui.

Boleh dikatakan juga Batang Kali mencatat sejarah kerana buat julung-julung kalinya mempunyai pusat urut, dan ia turut menawarkan khidmat yang sama seperti di tempat lain.

Pusat urut yang beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 11 malam itu turut tidak ketinggalan menawarkan khidmat urutan batin atau lebih dikenali sebagai urutan 'ping-pong' kepada lelaki yang mahukannya.

Malah, ketika tinjauan baru-baru ini, penjaga premis itu tanpa berselindung memberitahu khidmat tersebut disediakan, namun perlu 'berbincang di dalam'.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah tukang urut yang disediakannya masih muda, penjaga tersebut berkata, hanya wanita berusia dalam lingkungan 40-an dari Thailand yang bekerja di situ.

"Di sini tiada yang muda-muda atau comel sebab mereka tidak mahu bekerja di sini. Kawasan ini terlalu jauh dan tidak ramai pelanggan, jadi duit tip tidak banyak. Kalau mahu urut batin bolehlah," katanya.

Bagaimanapun, seorang pekerja kedai makan berhampiran berkata, premis itu turut menyediakan gadis-gadis muda namun hanya menawarkannya kepada sesetengah pengunjung.

"Mungkin awak pertama kali datang sini, mesti dia ingat polis sebab itu dia kata tidak ada tukang urut muda tetapi kawan-kawan saya ramai bekerja di situ.

"Kalau awak mahu yang geli-geli datang semula malam ini selepas pukul 7, mesti ada punya yang muda-muda," katanya.

Selain pusat urut, penduduk sekitar juga bimbang dengan kewujudan beberapa hotel bajet di pekan itu kerana bagi mereka ia akan menggalakkan aktiviti tidak bermoral.

Baru-baru ini, akhbar ini pernah melaporkan rungutan beberapa persatuan pengguna yang mendakwa kebanjiran pusat-pusat urut dan hiburan di Selangor sebagai bukti kerajaan negeri itu tidak sensitif terhadap keselamatan dan keselesaan rakyat.

Malah, ia juga menunjukkan kerajaan Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menutup mata terhadap fenomena ini. Jika kerajaan negeri terus membiarkan percambahan pesat pusat urut tanpa mengawalnya, ada kemungkinan Selangor akan mendapat gelaran tidak rasmi 'Darul Urut' pula selepas digelar 'Darul Sampah'.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads