12 di bukit lanjan - Google Blog Search |
SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): MAJLIS <b>...</b> Posted: 20 Sep 2012 08:57 PM PDT Baru-baru ini satu majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah telah diadakan di dewan mini SK Bukit Lanjan. Juadah hidangan seperti rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang disediakan secara gotong-royong oleh guru-guru dan kakitangan sekolah manakala lemang istimewa seperti lemang daun lerek, lemang jagung dan lemang kacang pula ditempah dari Selayang. Selain daripada semua murid dan peserta KEDAP, guru dan kakitangan sekolah, turut dijemput hadir adalah Yang Dipertua PIBG serta barisan AJK. Tetamu VIP pula yang hadir adalah Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Alumni Sekolah Seri Puteri (PUTERI). Majilis telah diserikan oleh acara persembahan nyanyian karaoke lagu-lagu raya oleh setiap kelas dan peserta KEDAP. Pihak PIBG juga menyumbangkan lagu raya bagi memeriahkan lagi acara sambutan tersebut. Sambutan Hari Raya ini walaupun sederhana sahaja tetapi berlangsung daam suasana meriah dan ceria sekali terutamanya setelah bertungkus-lumus menghadapi peperiksaan UPSR yang baru berlalu. Terima kasih kepada semua yang hadir dan sudi menyumbangkan masa dan tenaga untuk menjayakan sambutan Hari Raya ini. ADMIN : Semoga berjumpa lagi di Syawal tahun hadapan. |
You are subscribed to email updates from di bukit lanjan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan