Selasa, 25 September 2012

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


KKTM <b>Beranang</b>....Kelahiran semula Malaysia Japan Industrial <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2012 06:01 AM PDT

21hb September 2012, Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah mengumumkan penjenamaan semula Kolej Kemahiran Tinggi MARA Beranang kepada Malaysia Japan Industrial Institute. Laporan dari Akhbar Utusan Malaysia jam 9.00 malam tadi... Kolej Kemahiran Tinggi Mara dijenamakan semula TOKYO 21 Sept. - Kabinet pada Rabu lepas meluluskan penjenamaan semula Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Beranang, Selangor sebagai Institut Perindustrian Mara-Jepun (MJII). Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan perkara itu berkata ia satu inisiatif yang akan memberi manfaat kepada negara. "Saya yakin penjenamaan semula ini dapat membantu kita untuk lebih fokus dalam meningkatkan kerjasama dengan kerajaan dan syarikat-syarikat Jepun, termasuk yang berada di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat. Mohd Shafie melakukan lawatan kerja lima hari ke Jepun mulai semalam. Beliau berkata jumlah pelaburan antara Malaysia dan Jepun dalam bidang pendidikan dianggarkan berjumlah kira-kira RM880 juta. Mohd Shafie menarik perhatian bahawa kira-kira 900 pelajar tajaan Mara kini melanjutkan pengajian mereka di Jepun di peringkat ijazah dalam bidang perindustrian. Mereka ditempatkan di 15 universiti tersohor Jepun yang mempunyai hubungan kerjasama dengan Yayasan Pelajaran Mara (YPM). - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads