Selasa, 25 September 2012

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


DUN <b>Dengkil</b> menjadi pilihan MIC untuk PRU 13 ? : The Malaysian <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2012 01:25 AM PDT

KUALA LUMPUR : MIC telah mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan semula Dewan Undangan Negeri Dengkil di Selangor dalam proses pertukaran kawasan kerusi dikalangan parti komponen BN yang pernah diwakili parti tersebut pada 1986 hingga 1999 .

The Malaysian Times (TMT ) Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel telah mengemukakan cadangan tersebut secara rasmi kepada Najib Tun Razak dalam satu perjumpaan tertutup baru – baru ini . Berdasarkan maklumat terkini, kepimpinan tertinggi BN masih belum membuat sebarang keputusan mengenai permintaan tersebut dan masih dalam proses pertimbangan.

G.Palanivel

" Saya memang ada dengar mengenai perkara tersebut tetapi ianya perlu diputuskan oleh Perdana Menteri dan saya yakin perlu ada satu persefahaman politik antara kesemua pihak. Dalam BN kami terbuka kepada sebarang cadangan yang dapat memperkasakan jentera parti dengan semangat 1 Malaysia", kata seorang pemimpin kanan BN dari Selangor kepada TMT.

G. Palanivel yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dijangka akan menghadiri satu majlis bersama masyarakat India di Dengkil pada 10 September ini dimana TMT difahamkan Ahli Jawatankuasa Pusat MIC N. Rawichandran yang juga Ketua MIC Bahagian Serdang telah diarahkan Presiden MIC untuk menguruskan penganjuran majlis tersebut bersama pemimpin MIC yang lain di peringkat bahagian Sepang.

Palanivel dikatakan mahu memastikan majlis dianjurkan dengan skala yang "mantap" dan telah meminta Rawichandran untuk memantau segala perkembangan semasa .

N. Rawichandran

Rawichandran yang juga bekas Ahli Dewan Negara kini dipertanggungjawabkan untuk memperkasakan jentera DUN Batu Caves sebagai Penyelaras MIC. Sepanjang tempoh perlantikan tersebut , Rawi yang juga antara "penyokong setia" Palanivel sejak dulu lagi dilihat telah memperkemaskinikan jentera MIC di DUN Batu Caves selepas kekalahan parti pada PRU 2008.

Ketika dihubungi oleh TMT hari ini, Rawichandran yang juga anak watan Dengkil mengesahkan kehadiran Palanivel ke Dengkil pada 10 September ini tetapi enggan mengulas lanjut mengenai segala persoalan politik ketika ditanya berkali – kali.

 

PENGUMUMAN PENTING ?

Satu sumber dalaman parti memberitahu TMT, Palanivel yang juga Pengerusi MIC Selangor dijangka membuat satu pengumuman penting pada majlis tersebut yang dijangka bakal menjadi satu "turning point" untuk MIC dan BN di Dengkil dan juga negeri Selangor secara khususnya.

MIC memiliki sejarah dan identiti yang tersendiri di DUN Dengkil yang menjadi antara kawasan estet yang begitu dekat dihati dikalangan masyarakat India di negara ini. Malah penguasaan politik MIC cukup berpengaruh dan mantap sejak 1986 bermula dari era mendiang Datuk T.M. Thurai sehingga 1994 di DUN Dengkil.

Bekas Ketua Pemuda MIC Datuk M. Sellathevan pula mewarisi zaman kegemilangan MIC di DUN Dengkil bermula dari 1994 hingga 1999 selama satu penggal sebelum MIC membuat keputusan pertukaran kerusi bersama UMNO pada 1999 dimana MIC membuat keputusan memilih bertanding di DUN Sungai Tua yang kini dikenali sebagai DUN Batu Caves.

DUN Dengkil berada di bawah parlimen Sepang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional Datuk Seri Mohd Zin Mohamad pada PRU 2008 . Malah BN turut berjaya menguasai ketiga – tiga DUN yang berada dibawah parlimen Sepang pada PRU 2008 di Selangor iaitu Dengkil, Tanjong Sepat dan Sungai Pelek.

Di DUN Dengkil calon BN Datuk Marsum Paing menewaskan calon PKR dengan majoriti 3, 367 undi. manakala di Sungai Pelek Yap Ee Wah menewaskan cvalon DAP dan seorang lagi calon Bebas dengan majoriti 1, 572 undi , manakala di Tanjong Sepat pula calonya Datuk Dr. Karim Mansor menewaskan calon Pas dengan majoriti 2, 374 undi.

Tidak dapat dipastikan lagi sama ada MIC bersedia untuk mengembalikan semula DUN Batu Caves kepada UMNO untuk mendapatkan semula DUN Dengkil sepertimana dulu ataupun kawasan DUN lain di negeri lain. TMT difahamkan MIC juga bersedia untuk membuat penawaran pertukaran dua kawasan DUN di negeri Perak iaitu DUN Pasir Panjang dan Behrang – TMT

Tags: ,

Category: Bahasa Malaysia News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads