12 di kapar - Google Blog Search |
Krisis PKR <b>di Kapar</b> :BN mampu rampas semula ? : The Malaysian <b>...</b> Posted: 25 Jul 2012 02:20 AM PDT
KUALA LUMPUR: Kemelut PKR di Kapar dilihat membuka ruang buat Barisan Nasional merebut peluang mengambil hati masyarakat di situ, sekaligus memenangi kawasan tersebut dalam pilihanraya umum ke-13.
Ketua MIC Bahagian Kapar, T. Ganesan berkata, sokongan rakyat terhadap MIC di Kapar dilihat semakin positif sejak akhir-akhir ini dan isu tersebut membuka peluang lebih besar kepada BN untuk menang.
"Secara dasarnya, kita nampak bahawa rakyat telah sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional lebih baik berbanding pembangkang kerana sokongan ramai masyarakat India dilihat sudah kembali kepada MIC.
"Justeru, konflik dalaman yang berlaku diantara Penyelaras PKR Kapar Azizi Ayub dan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menjadi salah satu sebab masyarakat India di Kapar kembali kepada kita,"ujar beliau.
Menurut beliau, pergeseran dalam media antara Azizi Ayub dan S. Manikavasagam menunjukkan bahawa konflik dalaman PKR di Kapar adalah sangat serius.
"Antara pemimpin-pemimpin PKR sendiri, masing-masing mahu menjadi calon hingga mencetuskan konflik dalaman antara mereka.
"Justeru, masyarakat sekeliling mula bercerita dan kepercayaan mereka terhadap PKR turut pudar. Ramai yang sangsi sama ada PKR Kapar mampu menyelesaikan masalah dalaman sebelum ia menjadi lebih teruk,"katanya.
Meskipun begitu, beliau yakin bahawa konflik tersebut hanya satu penyebab kecil yang bakal membawa kepada kemenangan MIC dan BN di Kapar.
"Kita yakin BN boleh menang di Kapar. Ia bukan hanya berdasarkan situasi konflik oleh PKR di Kapar, namun ia berdasarkan fakta yang menunjukkan kesedaran masyarakat yang makin meningkat, serta komitment kami sebagai pemimpin masyarakat.
"Selepas kita kalah pada PRU-13, kita bukannya hidup bersenang-senang, sebaliknya kita bergiat lebih aktif membantu rakyat. Kita juga banyak mengadakan program dan lebih kerap turun padang bertemu dengan masyarakat,"katanya lagi.
Sementara itu, penyelaras parti MIC Kapar, A. Sakthivel turut menyatakan bahawa peluang BN di Kapar adalah lebih besar berbanding 2008.
"Terdapat banyak perubahan yang dapat dilihat di Kapar berbanding tahun 2008. Sekarang peratus sokongan masyarakat India kepada MIC dilihat bertambah.
"Setiap aktiviti yang kita jalankan juga mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat. Justeru, kalau yakin dapat merampas semula Kapar dari tangan PKR pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)."ujarnya.
Menurut beliau, berbeza dengan ahli PKR yang berebut-rebut untuk menjadi calon di Kapar, MIC Kapar akan menyokong sesiapa sahaja menjadi calon.
"Semua orang(MIC) akan menyokong calon yang bertanding, tidak kira siapapun kerana kami pasti BN akan meletakkan calon yang terbaik. Justeru, semua orang perlu bekerja keras terlebih dahulu kalau hendak mendapatkan tempat sebagai calon.
"Proses pemilihan calon adalah di bawah kuasa ahli tertinggi majlis Barisan Nasional. Siapapun yang dipilih, kami yakin beliau adalah calon yang terbaik."ujarnya lagi.
Beliau turut menjelaskan bahawa krisis antara dua pemimpin PKR tersebut memberi kelebihan kepada Barisan Nasional untuk menarik lebih ramai pengundi.
"Peluang BN pastinya bertambah baik dengan adanya konflik tersebut. Meskipun begitu, peluang kemenangan itu bagaimanapun bukanlah semata-mata kerana krisis yang berlaku, namun kerana masyarakat sudah sedar bahawa BN banyak menyumbang dalam pembangunan masyarakat India di seluruh negara."jelas beliau.
Penyelaras PKR Kapar, Azizi Ayub sebelum ini menyelar tindakan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau(Manikavasagam) akan bertanding di Kapar.
Manikavasagam kemudiannya menafikan perkara tersebut dan menuduh beliau(Azizi) berdendam kerana tidak dipilih sebagai Koordinator Sementa.
Parlimen Kapar mempunyai jumlah pengundi paling tinggi di Malaysia iaitu melebihi 125, 000 pengundi. Pada PRU 2008 , calon PKR S.Manickavasagam menewaskan calon MIC Datin Paduka Komala Devi yang juga Ketua Wanita MIC dengan majoriti 12, 297. Category: Bahasa Malaysia News |
You are subscribed to email updates from di kapar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan