Rabu, 19 September 2012

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Reunion Mama <b>Di Shah Alam</b> dan Sunway Piramid - Lyssa Faizureen

Posted: 18 Sep 2012 02:40 AM PDT


Peacee Yo(!) ^_^v
Seperti mana yang korang semua tahu . (tak lah semua,setengah je kot!hehe) . Hari tu kan Lyssa pergi ke Shah Alam sebab nak teman mama jumpa kawan-kawan dia sebab diorang buat reunion di De Palma Hotel
Dan hari ni , Lyssa nak upload gambar-gambar sebelum reunion tu start . Kenapa sebelum ?
Nanti Lyssa cerita lain . Meh nak post gambar-gambar nye dulu ! haha xD
Cik Betty , Mama dan Cik Ai (kakak mama) *dalam bilik pun sempat posing lagi .

Mama , Cik Betty , Cik Ai dan Angah (anak Cik Betty) *kat lobby

Kenapa "sepesen" je diorang posing eh ? haha xD

Muka Lyssa ngan mama Lyssa , sama tak ? sama tak ? haha xD
Hokeyy . Wajib ada gambar owner BLOG INI ! haha xD
Haaa . Kat atas ni lah gambar-gambar masa sebelum reunion ! Kenapa sebelum je ? Yo lahh . Ingat ke lyssa nak join sekali masa reunion tu . Dapat jugak menggemukkan diri lagi dengan makan melantak makanan hotel tu . Tengok-tengok Cik Betty suruh Lyssa join anak dia (along) pergi Sunway Piramid . So , camera Lyssa pegang . Jadi , dapat bergambor sebelum majlis je loh . hehe .
Itu lah cerita nyaaa :) Then , bergerak lah kami ke Sunway Piramid . Punya lah ghamaii orang kat situ ! Sampai parking pun tak dakk . Along tu suruh Lyssa dengan angah turun dulu . Kesian katanya . Turunlah kami . Dengan Lyssa tak pernah sampai lagi Sunway tu , tercengang tak tahu nak pergi mana . Nak tuju mana pun tak tahu . haha . Angah pun satu , dia pun jarang ke situ . Dia stay Shah Alam . Pening dah kami duaa . haha .
Merayau lah kami dengan muka bak rusa masuk kampung gitu . Tak tahu hala tuju . Lastly , bertempek kami dekat McD makan kat situ dengan panduan MAP yang ada sekitar dalam Sunway tu . *Oh , terima kasih MAP atas bantuan kau . Kalau tak , tersesatlah kami dalam Sunway sebesar alam tuuh ! *hyperbola gilerrr~
Lyssa tak makan ! Lyssa teman angah je makan . hoho . Minum saje xD
Sambil - sambil tu , usha orang main ice skating kat bawah tu . snap lah seketul dua gambar :)
Yang last tu , Lyssa tak kenal sape . Diorang nyanyi and menari ( Oppa Gangnam Style ) !haha

Merayau-rayau . Shopping sikit ! tak banyak . Malas nak kendong nanti kalau banyak-banyak . Balik naik bas kan . Kang banyak benda mau pancit tayar bas tu kang . haha . 
Ohkey . Dan untuk pengetahuan korang  , now Lyssa dah ada kat Penang ye :)
Terima Kasih sudi baca . Sila Comment xD

Merdeka: Najib ucap esok, Anwar <b>di Shah Alam</b> malam ini

Posted: 30 Aug 2012 07:27 AM PDT

Merdeka : Najib ucap esok, Anwar di Shah Alam malam ini

SHAH ALAM – Kurang dua jam lagi menjelang detik pukul 12 tengah malam, sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 bakal berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan orang ramai bakal menyaksikan kemuncak acaranya iaitu pertunjukan bunga api selama lebih kurang tujuh minit.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, sebelum kemuncak itu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu patriotik dan persembahan band daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

"Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan persembahan kebudayaan dan kesenian dibawakan oleh Perbadanan Adat-adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) bagi menyerikan majlis telah bermula sejak jam 8.30 malam ini.

"Turut mengambil bahagian dalam perbarisan bersejarah ini termasuklah kakitangan agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor," katanya ketika dihubungi wartawan hari ini.

Tambah beliau lagi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi ucapan kemerdekaan pada pukul 10 malam manakala Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berucap menjelang detik 12 malam nanti.


"Menariknya, tema kemerdekaan yang kami bawakan ini berbeza dengan kerajaan pusat.

"Kami akan menyambut kemerdekaan menggunakan tema yang berbeza iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa iaitu tema Pakatan Rakyat (PR) bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara di peringkat negeri," katanya lagi.

Menurutnya lagi, laluan jalan raya di Persiaran Damai, Persiaran Bandaraya ditutup kepada kenderaan bagi memastikan majlis malam ini dan kawalan lintas dibuat oleh penguasa MBSA sendiri.

Sementara itu juga, di Kuala Lumpur turut menjadi tumpuan bagi merayakan sambutan ambang kemerdekaan malam ini.

Antaranya Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bakal memukau orang ramai yang hadir dengan pertunjukan KLCC Lake Symphony Fountain.

Malah malam ini beberapa persembahan daripada artis-artis tempatan turut akan memeriahkan acara yang dijadualkan pada jam 9 malam ini disitu.

Acara kemuncak antara yang dinanti, iaitu pertunjukan bunga api bakal berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas.

Sambutan tersebut akan dijalankan di Esplanade, KLCC Park.

Manakala esok, lokasi bersejarah Dataran Merdeka di ibu negara akan menjadi tumpuan perbarisan manakala Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil.
- POLITIK & BERITA TERKINI @ forblogger.net.

Connect Facebook

5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads