12 di selayang - Google Blog Search |
Aidil bercuti <b>di Selayang</b> Posted: 12 Aug 2012 10:28 AM PDT hari Ahad gedik-gedik balik Selayang bawak Aidil sekali, satu kereta penuh barang dia je, tak padan dengan kecik. so memandangkan rumah kat Selayang ni tinggi, barang banyak benor, panggil assistant kat IPD tu angkat barang. lepas tu, pegi beli barang Aidil kat Selayang mall dan berbuka kat JM bariani.berbuka dengan kakyu, Am, Aidil yang tak puasa tu. pagi Isnin, check kasut kat luar, HILANG.. oh sedih. kasut baru beli masa kat karnival Jom Raya kat Putrajaya hilang. kasut shopping dengan papa Hilang! kasut selesa gila, harga pun okayyyy laa, hilang! terus meroyan sekejap kat twitter. malam tu assign kakyu tugas untuk menjaga budak kecik. aku keluar dengan Am, shoes hunting. bila pusing-pusing cari kasut, bukan aku yang shopping, am yang beli kemeja dan kasut baru. -_- pastu mak dia call, tanya, "hannis nak jubah tak?" aku pun geleng-geleng kepala. tapi am angkut aku jumpa mak dia. okay, mak dia suruh amek satu jubah, aku pun amek satu jubah hitam yang sangat simple tapi sweet je la. terima kasih cik mah.lepastu baru cari kasut, semua kedai jelajah, jumpa kat Parkson. beli la satu. Selasa, bosan duduk rumah, main dngan budak kecik ni je, kakyu berbuka luar harini. so berdua je la dengan Aidil. pukul 4 lebih, tengah syok online, terbaca budak batch cakap results dah keluar, dengan pantas, check student portal. Alhamdulillah. saya gembira, guling-guling dibuatnya. killer paper dua ekor berjaya di killed. yeay! as reward, okay xde reward apa-apa. berbuka, masak sendiri sorang-sorang kat rumah. secara officialnya, saya dah habis diploma, kan??? yeay! rasa macam nak meraikan je, namun apakan daya, ada tangungjawab yang perlu digalas. nak KFC! nak kek Secret recipe! nak chocolate! nak ice cream! hee Rabu, kakyu ajak berbuka kat The Curve. so ajak Am, sebab kakitangan extra diperlukan since nak angkut Aidil yang mok mok tu. so jalan-jalan kat IKEA, kakyu nak beli katil baru, baru survey. lepas tu, berbuka di Waroeng Penyet. sedap jugak. sangat better la dari ayam penyet kat Selayang Mall tu. malam tu start gatal tengok cerita Prison Break season 1.debar-debar tengok cerita tu. Khamis, kakyu berbuka kat luar. so ingatkan buka sorang la kat rumah, masak nasi siap-siap. tetiba Am call suruh siap, buka kat rumah dia, MEMANG TAK LAA. segan kot. dia pun kata, xpe laaa. tiba-tiba call sekali lagi, suruh siap cepat, mandi semua, Cik Mah(mak Am) datang jemput, serious la! dengan keadaan mengelupurnya, pegi la berbuka kat rumah Am, bawak si kecik sekali. Family dia semua ramah je, first time jumpa atok Am. sihat walafiat lagi, rindu arwah atok. :( Al-fatihah. dapat tawaran degree. Program : AC220 SARJANA MUDA PERAKAUNAN. Kampus : UiTM Shah Alam. Alhamdulillah bersyukur sangat. hari tu memang online seharian, settlekan pendaftaran, terima tawaran dan sebagainya, berbuka pun kat rumah je. Sabtu buat kuih tart nenas dengan kakyu, sambil tu jaga Aidil. keluar dua jam, untuk print borang degree, amek gambar passport dan cuci mata kat Selayang Mall, nak shopping tak berkesempatan. berbuka dengan Aidil je kat rumah. kakyu berbuka luar, Am ada masak-masak kat kolej. :( Ahad, lepas sahur tak tidur, sambung tengok Prison Break sampai habis season 1. tak berani nak sambung season 2 takut melekat depan laptop, x beraya nnt. dalam pukul 10, start misi buat cookies yang tak tau apa nama dia. kiranya, ramuaannya ada nestum+milo, dah rasa masa berbuka tadi. SEDAP!. hee. lepas habis buat kuih raya, pack barang balik Bangi. mintak tolong Am angkat barang masuk kereta, tiba-tiba kakyu ajak Am ikut balik. :)) setelah dipujuk, yeay! dia ikut, so untuk pertama kalinya Am dtg rumah. berbuka, lepas solat, dia ikut kakyu balik. :)))) tu je nak cerita. tak tahu nak update pasal apa. so cerita la pasal seminggu di Selayang. |
You are subscribed to email updates from di selayang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan