Isnin, 17 September 2012

12 di teluk datok - Google Blog Search

12 di teluk datok - Google Blog Search


Sunaina Salim.... bersama diary Mama: Sokongan buat Dania ku

Posted: 16 Sep 2012 05:53 AM PDT

Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) bagi pertandingan Teakwando akan diadakan pada 18.09.2012 bersamaan hari Selasa bertempat di Stadium Matshushita, Shah Alam.  Bagi Dania dan team STC mereka tidak ketinggalan.  STC menghantar seramai 27 peserta dari pelbagai kategori dan mereka ini akan mewakili Sekolah masing-masing disekitar Kuala Langat.  Dania merupakan peserta tunggal mewakili Sekolah Rendah Sri Langat, hebat tu....!! harapan dan tanggungjawab tergalas dibahunya.  Inilah yang sering kami nyatakan padanya, supaya dia sedar bahawa dia membawa harapan yang besar sebagai wakil dari SK Sri Langat.  Surat pelepasan telah pun dihantar ke sekolah bersama surat sokongan dari PPD dan TM,  Amin dengan senang hati berjumpa  Guru Besar Sekolah dan beliau dengan gembiranya memberikan pelepasan untuk Dania. 
Pemilihan dibuat di minggu ke2 hari raya,  dan bermula dari hari pemilihan latihan intensive 3 kali seminggu giat dijalankan untuk semua peserta MSSS yang terlibat.  Bermula dari jam 8.00 hingga 11.00 malam setiap Rabu dan Sabtu dan 3.00 ptg - 6.00ptg setiap Ahad.  Setiap peserta diwajibkan hadir dan tindakan gugur akan dikenakan kepada peserta yang tidak komited.  Kesungguhan Dania untuk menyertai Perkemahan Lencana Keris Perak dan terus berlatih diwaktu yang sama membuatkan aku dan Amin tidak kemana pada minggu ini, undangan rumah terbuka terpaksa kami lupakan dan begitu juga dengan undangan untuk menghantar pengantin ke Keramat.  Pelepasan selama 3 jam pada malam Perkemahan malam Ahad iaitu malam kemuncak merupakan cabaran bagi Dania.   Namun sebagai parents, kami tetap akur dengan jadual latihan yang telah ditetapkan oleh STC. Kerjasama yang amat baik dari guru-guru pengakap yang terlibat semasa perkemahan berlangsung begitu memudahkan Dania untuk meneruskan latihan seperti biasa. 
Walau dia kelihatan begitu letih pada masa kami menjemputnya di tapak perkemahan dia masih mampu berlatih seperti biasa, Master Ari telahpun aku maklumkan keadaan Dania yang terlibat dengan Perkemahan dan akan tetap hadir seperti mana jadual latihan.  Terkejut bila melihat dia di gelanggang dengan baju habis basah dek peluh...... rasa kasihan menyelinap di penjuru hati ku, namun inilah cabaran untuk Dania.  Kekuatan mental dan fizikalnya teruji...... kami terkecima dengan kemampuan gadis ku, "Adik..... adik boleh.... Mama tau, adik memang boleh..... " itulah kata-kata yang aku lafazkan untuk Dania ketika dia melangkah ke dalam kereta.   Papa janji akan handphone Samsung Corby andai dia memberikan perlawanan yang baik.  Setelah mandi dan makan di rumah dia kami hantar semula ke tapak perkemahan bersama Domino pizza permintaannya untuk dimakan bersama teman-teman perkemahan.  Janji ku untuk belanja Pizza dengan wang hasil jualan kek semalam..... aku laksanakan....:)  Alhamdulillah..... (Dania sering menjadi pendorong aku untuk berniaga, dan aku kira dia punya hidden marketing talent!)  Apapun, aku doakan semuga dia akan berjaya memberikan sumbangan dan mengharumkan nama Sekolah dan STC di MSSS, InsaAllah......
Headgear dan growing guard baru untuk Dania......  untuk kali ini, semua peserta sparring disarankan supaya mempunyai segala peralatan sendiri untuk memudahkan ketika pertandingan dan latihan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads