Ke arah memperkukuhkan Hab Kualiti Bersepadu syarikat yang sedang dipergiat

Sebagai sebahagian daripada pembangunan Hab Kualiti Bersepadu (IQH) syarikat, UMW Toyota Motor Sdn Bhd secara rasmi membuka Pusat Cat dan Badan Kenderaan di Bukit Raja, Klang.

Kemudahan ini terletak di tanah berkeluasan 5.7 ekar dan bertindak sebagai tempat aktiviti pra-penghantaran, seterusnya memperbaiki tempoh penghantaran dan pelanggan dapat menikmati kenderaan yang lebih berkualiti.

Selain itu, ia juga akan dijadikan sebagai tempat latihan bagi pusat-pusat cat dan badan Toyota yang lain dengan 65 tenaga kerja terlatih.

Pusat Cat dan Badan Kenderaan Toyota ini dilengkapi 42 ruang kerja, empat bilik cat dan kelengkapan membaiki kenderaan yang menepati standard Toyota. Ia mempunyai kapasiti membaiki 6,150 kenderaan setahun.

Dengan adanya kemudahan ini, operasi cat dan membaiki badan kenderaan Toyota di Sungai Rasah akan dipindahkan ke sana namun ia masih dibuka untuk penghantaran kenderaan.

"Bahagian terakhir IQH adalah Gudang Alat Ganti Produksi yang dijangka beroperasi separuh pertama tahun hadapan. Selain itu, kami juga membina trek ujian 2.1 kilometer, kawasan simpanan kenderaan berpusat dan pusat aksesori di dalam IQH,"

kata Presiden UMW Toyota Sdn Bhd, Datuk Ismet Suki.

INFO

5.7 ekar
Keluasan kemudahan ini di Klang.

4 buah
Bilik dengan kemudahan mengecat kenderaan

65 tenaga kerja
Bagi pusat latihan di premis sama