Selasa, 9 Oktober 2012

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Mini <b>Jeram</b> Waterfall - Destinasi Indah <b>Di</b> Tengah-Tengah Kuala <b>...</b>

Posted: 05 Oct 2012 02:34 AM PDT

Indah..Damai..Tenang..Ya Keris memang mengagumi keindahan ciptaan Allah di muka bumi ini. Sewaktu mencari tempat untuk memcari ketenangan dan lari sebentar daripada dunia kesibukan bandar. Keris dibawa oleh seorang rakan ke kawasan Kemensah.
"Kau nak bawak aku duduk hutan ke bro?"
"Taklah, ini tempat air terjun terbaik kat tengah-tengah bandar!"
Keris teruskan perjalanan dan sampai ke destinasi, buka sahaja pintu muka ini dihembus oleh angin hutan. Bunyi air deras membuatkan Keris terpandang kepada satu kawasan air terjun. Memang menarik!

Apalagi? Kami terus terjun dan badan yang hangat ini disejukkan dengan air terjun. Tenang sahaja rasa jiwa ini. Inilah Air Jeram Mini Kg Kemensah. Memang menenangkan jiwa, rasa macam tak ada masalah pula wujud dalam diri. Tenang dan santai menjadikan mood di situ tampak menarik.


Apabila malam menjelma, rupanya Keris dikejutkan dengan sedikit jamuan kecil oleh rakan-rakan. Mereka sudah rancang untuk tunjuk kepada Keris keindahan air terjun waktu malam pula. Spotlight dipasang! Aduh! Memang cantik dan menenangkan.


Bertanya kepada penjaga kawasan tersebut, Abang Izat berkata sudah lebih 8 tahun dia menjaga kawasan tersebut. Dan pelbagai aktiviti boleh dibuat disini. Masuk hutan, mandi santai mahupun membuat program. Di sini ada juga chalet untuk dijadikan tempat tidur. 
Kalau anda mahu buat program di sini, jangan malu atau segan untuk hubungi Saudara Izat 012-3485167.
K7L : Rugi kalau tak pergi..memang syok..

Makan <b>Di Jeram</b> - Mooniqueen

Posted: 02 Oct 2012 02:05 AM PDT

Salam Darlings...

Apa khabar? Dah petang2 baru tanya pasal khabar... Apelah ngok ngek aku ni kan? Maaflah sebab lama sangat tak berupdate... Idea dah ada, nak memulakan tu macam "rajin" sangat.. End up, esoklah... Esoklah... Sudahnya tak jugak berupdate..

Berbalik kepada belanja family makan ni, aku just belanja family aku yang kecik ni je.. Ikutkan niat hati, nak ajak ramai tapi takut tak termampu pulak almaklumlah duit bonus pun ' ala ala ' je... So kita belanja close family aku je.. Siapa? Aku, Jack n Mya... ;(

Disebabkan tekak kedesaan kami ni, tempat yang paling aku suka makan nasi semestinya Jeram.. Jauh jugak dari Subang nak ke Jeram lebih kurang sejam jugak, tapi mengenangkan dah lama tak makan chilis crab n butter prawn Jeram, sanggup redah jugak...

Gerak lepas asar macam tu sebab kalau lambat takut tak dapat table... Maklumlah sejak masuk JJCM ni, semedang ramai orang.. Nyampah sangat.. Nak booked kalau setakat 2 mulut je nak makan, buat susah orang je.. So kita pasrah je aritu.. Ada rezeki adalah... Sebab aku pernah kena dulu, JJCM baru je up kat TV3, aku gi petang tu memang crowded gilos.. Apa lagi, terus blah la... Lagi nak tunggu? Tak lalu aku...

Alhamdulillah table walaupun banyak dah reserved, still ada yang kosong... Aku pilih open area barulah feel tepi laut gitu.. ;)

Biasa orang kalau datang mesti order ikan bakar la, stim la, tapi kitorang tak order ikan sebab muak dah makan ikan.. So kitorang makan ketam, udang, sotong n kailan... Laki aku ambik lauk macam nak makan 5 orang.. Seyes, banyak gila... Aku ratah lauk je.. Nasi tu suku pun tak sampai aku makan..

Ketam cili masih sama rasa n sedap.. But sedih sebab butter prawn tak sesedap dulu... Ko bayangkan aku boleh cakap kat staff dia :

" sikitnya sampah2 ni, boleh tambah lagi tak? "

Aku bajet mesti diorang masak balik sebab nak bagi habuk, serdak, sampah tu banyak.. Tak sampai 1 minute kot dah sampai... Aku macam " aiks, cepatnya masak? "

Ko tau dia jawab apa?

" benda ni dah siap kak, saya tambah je ni "...

Yang paling hampeh, aku rasa macam makan benang.. Dia tak rasa manis, lemak, lembut.. Benda dah buat siap2 kan.. Macam manis udang tu takde.. Memang sedih n hampalah... Nasib baik chili crab sedap..

So total makan hari tu oklah tak mahal sangat RM137... Bagi aku sesuai dengan apa yang kami makan... Oklah penat nak type panjang2, layan the pic... Tengok chilis crab teringat2 sedapnya ;D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads