12 di klang - Google Blog Search |
PAPA GOMO: Banjir <b>Di Klang</b> - Kerajaan Negeri Makan Duit Rakyat Posted: 20 Oct 2012 02:13 AM PDT Masalah banjir yang acap kali berlaku di beberapa kawasan sekitar di sini telah menimbulkan kemarahan penduduk terlibat ekoran sikap tidak bertanggungjawab beberapa Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor. Presiden Persatuan Keadilan dan Kebajikan Masyarakat Selangor (JAWASS) L.P. Selvam berkata, tindakan tersebut lebih mengeruhkan keadaan setelah penduduk menerima maklumat bahawa Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah menerima peruntukan RM5 Juta dari pihak Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim itu bagi menangani masalah yang dibangkitkan sejak sekian lama. "MB Khalid memperuntukan RM 5 juta kepada MPK dan apa yang MPK buat dengan duit itu? Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Negeri yg bertanggungjawab melantik Ahli Majlis MPK dan bertanggungjawab untuk memberi penjelas kepada penduduk Klang tidak turun padang dan MB juga tidak turun padang,". Beliau turut menegaskan, beberapa wakil penduduk mengadakan pertemuan bersama Ahli Parl dengan Ahli Parlimen kawasan mereka mewakili Kota Alam Shah M.Mahoharan serta wakil dari pihak MPK sendiri berkaitan isu tersebut yang sekian lama tertangguh. Akan tetapi ianya masih tiada sebarang penyelesaian. "Kami pernah berdialog dengan YB Mano, YB Charles Santiago dan MPK tentang isu banjir di sekitar Klang pada 4 April 2010 dan 9 Disember 2010," tegasnya lagi. Tambahnya lagi, penduduk memegang janji wakil MPK temui sebelum ini yang akan menyelesaikan masalah banjir di kawasan mereka yang berlarutan sejak sekian lama. "Ahli Majlis MPK Lim Lip Suan telah memberi jaminan Masalah Banjir di Kota Alam Shah akan berakhir. Tetapi sampai sekarang tiada apa-apa sebarang tintakan. Masalah ini sejak tahun 2010 dan belanjutan sehingga sekarang, tegasnya lagi. Untuk rekod, kali terakhir masalah banjir di kawasan sekitar di sini berlaku pada 30 Mac 2012 yang merupakan insiden paling teruk dalam rekod insiden di kawasan tersebut. Antara kawasan yang seringkali berdepan dengan bencana alam itu termasuklah kawasan perumahan di Taman Sri Andalas, Taman Selatan, Taman Bayu Perdana and Taman Melawis, Taman Sentosa, Taman Sg Ujong, Taman Palmgrove, Padang Jawa and Taman Chi Liung. |
You are subscribed to email updates from di klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan