Isnin, 22 Oktober 2012

12 di kuala selangor - Google Blog Search

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Sekolah Sains <b>Kuala Selangor</b> Dianiaya Pakatan Haram Pulak!!

Posted: 20 Oct 2012 10:57 PM PDT

Manifesto PRU12 itu merupakan perjanjian yang perlu ditunaikan oleh kerajaan PKR Selangor. Hakikat bahawa apa yang dinyatakan kerajaan pakatan haram  Selangor berasaskan undang-undang yang boleh dituntut rakyat kerana ia berkaitan hak yang dinyatakan dengan hasrat.  Subsidi air adalah di bawah skim air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto pakatan haram pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Apa guna air kalau percuma sekalipun tapi bekalan airnya tiada ?!! Ini jelas Pakatan Haram telah hilang keseluruhan nilaikemanusiaan dalam diri. Sungguh zalim Pakatan Haram ni mengabaikan rakyat apalagi bekalan air ini adalah sangat-sangat penting dalam rutin harian seorang manusia.

Ini adalah salah satu rintihan rakyat Selangor yang telah dianiaya oleh pakatan haram Selangor.

Kerajaan Pakatan Selangor Menganiaya Pelajar Sekolah Sains Kuala Selangor ! Nak Halau Student Untuk Rompak Tanah Ke ?

  Salam tuan,   Semoga tuan dirahmati dan berada dalam keadaan baik.   Terlebih dahulu maafkan saya jika email saya ini mengganggu pihak tuan tetapi saya amat berharap agar email ini dapat disiarkan dilaman web tuan.   Saya tidak berhasrat untuk mengambil masa tuan terlalu lama dan saya akan menulis seringkas mungkin.   Saya benar-benar inginkan bantuan sampai kepada anak-anak saya dan juga pelajar lain yang belajar di Sekolah Sains Kuala Selangor.   Selain itu, penting untuk seluruh rakyat Malaysia tahu apa yang telah menimpa anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor.   Saya amat-amat berharap dengan pendedahan ini yang tuan siarkan, masalah ketiadaan air di Kuala Selangor dapat diatasi.   Untuk makluman pihak tuan, perkara ini telah saya maklumkan kepada Dato Seri Noh Omar melalui teks pesanan ringkas dan saya terpaksa memohon pertolongan daripada beliau memandangkan Kerajaan Negeri tidak mengendahkan kami.   Aduan kami dipandang sepi oleh pihak Kerajaan Negeri.   Saya mempunyai 2 anak yang masih bersekolah di Sekolah Sains Kuala Selangor.   Masuk hari ini, sudah 3 hari pelajar-pelajar di Sekolah Sains Kuala Selangor mengalami masalah ketiadaan air.   Semua pelajar tidak dapat mengambil wuduk untuk solat, mandi dan membasuh pakaian.   Hari ini pula, mereka terpaksa mandi di Masjid Kuala Selangor.   Walaupun saya tahu hal ini bukan tanggungjawab Dato Seri Noh Omar sebaliknya Kerajaan Negeri yang patut dipertanggungjawabkan, saya terpaksa juga memohon dari Dato Seri Noh Omar untuk usahakan agar tangki air dari pihak SYABAS bagi membekalkan air kepada anak-anak saya dan juga pelajar-pelajar lain di Sekolah Sains Kuala Selangor.   Apa lagi yang boleh saya lakukan.   Kerajaan Negeri tidak menghiraukan langsung nasib anak-anak di sekolah.   Hal ini sekiranya dibiarkan berlarutan akan mengganggu pembelajaran anak-anak di sekolah.   Sampai bila saya harus bersabar menanti tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah anak-anak di sekolah ini ?   Terus terang saya katakan, kami sekeluarga sudah tidak sanggup lagi bertuankan Pakatan Rakyat yang merupakan Kerajaan Negeri di Selangor ini.   Saya harap rakyat Selangor yang membaca email saya kepada tuan ini, tidak akan mengulangi kesilapan ini pada pru akan datang dan tidak sanggup lagi saya hendak berhadapan masalah sebegini lagi.   Kasihan anak-anak.   Dari Cikgu ***** (sori la, aku terpaksa sorok nama ni atas faktor keselamatan) RTB2 Sungai Panjang         Semoga  BN Selangor dapat membantu pelajar di Sekolah Sains Kuala Selangor ni sesegera mungkin. Pastikan kita bungkus pakatan haram di PRU13 yang akan datang. Rakyat harus bangkit dari terus ditindas oleh pakatan haram Selangor.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads