Selasa, 23 Oktober 2012

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


jas salleh: SEBAB KENAPA <b>DI KUALA LANGAT</b> TAK KELIHATAN <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2012 12:00 AM PDT

Dengan Payung Pelangi dan Kacamata Hitam Maka Sah lah Jika Anwar Aib Braheem Jadi PM , Negara Malaysia Menjadi Sebuah Republik Liberal LGBTX Pertama Di Dunia. 
Ini Pertama Kali Tengok Reaksi Anwar Aib Braheem Mengamok Sakan. Dah Jadi Macam Haji Bakhil Nak Lensing Semua Budak2 PKR Kerana Kegagalan Ceramah Gula-gulanya di Morib Pagi tadi.
Akhirnya Kalid G Kena Balun dengan Anwar Aib Braheem
Azmin Ali & Akaq Wan Jijah Tak Hadir. 
Sila Mari Ke Kubu Kuat BN !
Ceramah Anwar Aib Braheem di Morib Kuala Langat tidak mendapat sambutan. Disasarkan seramai 5 ribu orang tapi yang hadir hanya 45 orang campur darab dengan ranting dan cabang pokok, tong sampah, kayu penyapu dan lain-lain mahkluk yang ada. 
Nak tengok gambar lagi ????
Tunggu la pagi esuk plak yea. 

Gangguan bekalan air <b>di</b> Klang, <b>Kuala Langat</b> dijangka pulih dalam <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2012 09:18 AM PDT

SHAH ALAM: Sebahagian daripada 113,345 pengguna air di beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat hari ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan kejadian paip pecah di lokasi jajaran paip bersaiz 1,300mm dari Lam Bee ke Lipat Kajang.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata pihaknya mengesan kejadian itu tengah malam tadi dan tindakan pantas diambil dengan menutup injap bekalan air serta merta pada jam 1 pagi.

"Ekoran kejadian itu, dianggarkan sebahagian daripada 113,345 akaun pengguna pada masa ini mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual khususnya di kawasan berkedudukan jauh dan tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kawasan terlibat di Klang adalah seperti berikut:

Bukit Tinggi 1; Bukit Tinggi 2; Bandar Parklands; Bandar Botanik; Ambang Botanik; Jalan Batu Unjur; Jalan Kim Chuan; Taman Bayu Perdana; Bandar Puteri; Industri Megahub; Taman Kota Permai; Pendamar Indah; Taman Andalas; Taman Sentosa; Jalan Tun Razak; Jalan Raja Nong; Jalan Uganda; Jalan Penghulu Abu Bakar; Taman Petaling; Taman Selatan; Taman Chi Liung; Taman Palm Grove; Teluk Gedung Indah A; Kampung Pendamar.

Ini termasuk Persiaran Raja Muda Musa; Jalan Tengku Badar; Jalan Kastam; Pandamaran; Hospital Tengku Ampuan Rahimah; Teluk Gedung Besa; Sobena Jaya; Kampung Delek; Sungai Bertik; Sungai Udang; Jalan Istana; Jalan Limau; Jalan Raja Jumaat; Jalan Langat; Kampung Lombong; Kampung Batu 7; Jalan Kebun; Kampung Johan Setia; Jalan Johan Setia; Berjaya Park; Pulau Indah Fasa 1; Pulau Indah Fasa 2; Kampung Pulau Indah; Armada Putera; Wet Port, Kampung Telok Gong; Pulau Ketam; Banting; Taman Eng Ann; Berkeley dan Bandar Baru Klang.

Sementara kawasan yang terlibat di Kuala Langat ialah Telok Panglima Garang dan Sijangkang.

Priscilla berkata sehingga kenyataan ini dikeluarkan, kontraktor Syabas masih menjalankan kerja-kerja mengorek paip dan mengalami sedikit kesukaran disebabkan lokasi paip itu berada pada kedudukan yang dalam.

"Syabas menjangkakan kerja membaiki paip pecah itu akan siap tengah malam ini dan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat ke semua kawasan terlibat dan kembali seperti sedia kala dalam masa dua hari," katanya.

Beliau berkata, Syabas dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, memaklumkan mengenai gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Klang berikutan penurunan paras tiga buah kolam utama iaitu Kolam Bukit Mayong, Kolam Lam Bee dan Kolam Lipat Kijang disebabkan kerosakan injap di loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.

Katanya, memandangkan terdapat sebahagian kawasan terlibat dengan kejadian paip pecah hari ini adalah sama dengan kawasan yang terlibat dengan kejadian semalam, Syabas menjangkakan tempoh pemulihan bekalan air sepenuhnya ke semua kawasan terlibat akan mengambil masa dua hari.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga menggerakkan enam buah lori tangki ke kawasan terlibat sebagai bantuan bekalan air bagi mengurangkan beban kepada pengguna.

Priscilla turut menasihatkan pengguna air di kawasan terlibat supaya menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh pembaikan paip itu.

Mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu diminta menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. – Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Article source: http://www.hmetro.com.my/articles/GangguanbekalanairdiKlang_KualaLangatdijangkapulihdalammasaduahari/Article/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads