Sabtu, 6 Oktober 2012

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


GearTinggi.com » Honda 4S Kini <b>di Petaling Jaya</b>

Posted: 01 Oct 2012 07:22 AM PDT

Sebuah pengedar Honda dengan kemudahan 3S yang ditubuhkan pada 2002 dan sebelum ini terletak di Jalan 222, Petaling Jaya iaitu Tenaga Setia Resources Sdn. Bhd. (Tenaga Setia Resources) telah menaik taraf fasilitinya kepada pusat 4S.

Pusat 4S Honda itu menawarkan perkhidmatan jualan, servis, alat ganti dan semburan cat di bawah satu bumbung. Tenaga Setia Resources telah melabur sebanyak RM28.5 juta untuk proses naik taraf tersebut.

"Proses naik taraf dan pengembangan pusat 4S Honda ini benar-benar menjadikannya satu pusat sehenti. Kami ingin memberikan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggan. Kami juga mahu memastikan para pelanggan gembira, selesa dan berpuas hati setiap kali datang ke sini," jelas Pengarah Urusan Tenaga Setia Resources. Yeap Swee Chuan.

 Pusat 4S berkeluasan 115,853 kaki persegi itu mempunyai 26 ruang baik pulih kenderaan. Ia mampu menyelenggara sehingga 120 buah kenderaan sehari bergantung kepada baik pulih yang diperlukan.

Majlis pembukaan dirasmikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno. Dalam ucapan alu-aluannya, Ueno memuji komitmen Tenaga Setia Resources untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan Honda.

 

Untuk makluman, Selangor dan Kuala Lumpur merupakan pasaran terbesar buat Honda dengan mencatat 50 peratus daripada jualan keseluruhannya.

"Honda Malaysia sentiasa mencari peluang untuk menambah bilangan pusat 4S di Malaysia. Matlamat kami adalah untuk mencapai Kesetiaan Pemilikan Sepanjang Hayat atau Lifetime Ownership Loyalty (LOL) dalam kalangan pemilik kenderaan Honda dengan cara menyediakan perkhidmatan pelanggan yang terbaik dan konsisten," kata Ueno.

Buat masa sekarang, terdapat 61 pengedar Honda di seluruh negara. 56 daripadanya beroperasi sebagai pusat 3S dan lima telah dinaik taraf kepada pusat 4S.

 

Untuk membuat temu janji, sila hubungi Tenaga Setia Resources di talian: 03-7784 8311 (Servis) dan 03-7784 8511 (cat). 

 -Syuk-

Popularity: 3% [?]

Related posts:

  1. Yoichiro Ueno: Pengarah Urusan Baharu Honda Malaysia
  2. HONDA MALAYSIA BANGKIT LEBIH KUAT PADA TAHUN 2012
  3. Honda Meraih Kedudukan Tertinggi Dari Segi Tahap Kepuasan Pelanggan di Malaysia
  4. Honda Malaysia Mengingatkan Pemandu Supaya Berhati-hati Di atas Jalan Raya
  5. Kempen Selepas Jualan Honda Bermula Dengan Honda Insight Sebagai Hadiah Utama

Bekalan Air <b>Di Petaling Jaya</b> Kembali Pulih - Tv3

Posted: 20 Aug 2012 11:20 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Lebih 80 peratus pengguna yang terjejas bekalan air di Petaling Jaya dan Subang Jaya sudah memperoleh bekalan air secara berperingkat-peringkat pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads