Sabtu, 6 Oktober 2012

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Adakah MCA sebenarnya membenci orang Melayu? « Helen Ang

Posted: 05 Oct 2012 04:13 AM PDT

Oktober 5, 2012 at 7:13 pm

Dalam pilihanraya umum peringkat Dewan Undangan Negeri yang lepas, MCA bertanding 10 kerusi di Negri Sembilan dan kalah 9.

Ia bertanding 10 kerusi DUN di Pulau Pinang dan kalah semua; 16 kerusi di Perak, tewas 15; dan 14 kerusi di Selangor, tewas 12.

Parti Cina itu ada menang satu kerusi di Perlis … sebuah kawasan pedalaman yang dipanggil Titi Tinggi, 73.5 peratus pemilih Melayu.

Antara 30 kerusi yang dimenangi MCA, ada seorang dipilih sebagai YB Gurun, Kedah — satu kawasan 56.2 peratus Melayu. MCA juga memperolehi dua kerusi di tempat yang mungkin tidak dikenali ramai kecuali orang Pahang — Cheka (68.5% pemilih Melayu) dan Damak (56.1% Melayu).

Lingkup di kawasan Parlimen Cina

Prestasi MCA dalam PRU12 bukan sahaja jatuh merudum tetapi parti itu rata-rata ditolak di mana-mana negeri yang mempunyai ramai penduduk Cina.

DAP sapu bersih semua kawasan Parlimen yang ada lebih 65 peratus pemilih Cina.

MCA hanya berjaya menang 4 kerusi Parlimen sahaja yang mempunyai lebih 50 peratus pemilih Cina, iaitu Kluang (52.4%), Gelang Patah (54.1%) dan Kulai (58.8%) di Johor beserta Kampar (62.6%) di Perak.

Berbanding 4 kerusi Parlimen MCA itu, 25 kerusi Parlimen DAP mempunyai 50+ peratus sampai lah 90+ peratus pemilih Cina.

Pola undi DUN bagi MCA

Apakala MCA lawan Cina

Bila calon MCA berdepan dengan calon DAP yang Cina, rata-rata MCA kalah, biar ianya di kawasan DUN bandar mahupun luar bandar.

Bila calon MCA ditentang calon PKR yang Cina, lebih kerap MCA akan kalah juga.

Dan bila MCA kalah, ia tumpas dengan margin (jurang) yang besar. Bila MCA menang, ianya dengan margin yang tipis.

Apakala MCA lawan India

Dengan yang bukan Cina peluang MCA untuk menang cerah sedikit. Akan tetapi ada calon MCA yang tumbang pun.

Di Selangor, calon-calon MCA hanya mampu menang apabila berdepan dengan dua orang calon keturunan India (DAP). Berhadapan calon pembangkang Cina, MCA tumpas 12 kerusi.

Faktor menarik ialah BN telah meletakkan MCA di Sungai Pelek yang mempunyai peratusan pengundi India yang tinggi secara relatif, iaitu 21.6%, dan di Kuala Kubu Baru (21.5% India). MCA menang dua kerusi Selangor atas ehsan undi kaum India.

DAP, yang sebenarnya lebih terikat kepada formula perkauman, telah meletakkan calon India di Sungai Pelek dan KKB.

BN sebaliknya meletakkan MCA di Gurun, Kedah di mana calon Cina itu mengalahkan calon India PKR. Kalau calon pembangkang adalah Melayu atau Cina, tidak pasti sama ada MCA boleh mengatasi Pakatan dalam keadaan tersebut.

Daripada 30 kerusi DUN dipegang MCA, 5 kerusi dimenangi dengan mengalahkan calon India. Atau dalam kata lain, 1/6 jumlah kerusi MCA diperolehi dengan mengalahkan wakil-wakil masyarakat kaum minoriti yang kecil ini.

Apakala MCA lawan Melayu

Dalam PRU yang lepas, tiada calon MCA yang tewas kepada Melayu sama ada yang mewakili DAP atau PAS/PKR di peringkat DUN.

(NOTA: Calon MCA Tan Ken Ten tewas kepada calon PAS Anuar Tan Abdullah yang mendapat undi majoriti 5,206 di Kota Lama, Kelantan di mana lebih kurang 20,000 orang telah keluar mengundi. — butir ditambah 9.45pm)

Yip Soon Onn berjaya mengalahkan calon bebas Mohammad Razi Mustaffa dan calon PKR Keria Senawi di Titi Tinggi.

Di Pahang, calon MCA ada diletakkan di dua kawasan Melayu dan mereka menghadapi Melayu PKR. Hakikatnya MCA menang sebanyak 7 kerusi DUN dengan mengalahkan calon Melayu dan dua kerusi lagi mengalahkan calon pribumi.

MCA menang keseluruhannya di DUN Perak satu kerusi, Selangor (2), Pahang (6), Johor (12), Kedah (1), Melaka (4), Negri Sembilan (1), Pulau Pinang (0), Perlis (1), Sabah (1), Terengganu (1), Kelantan (0).

Ia menang sejumlah 30 kerusi DUN berbanding 73 bagi DAP.

Si Gunting sisihkan golongan bukan Kristian

Fakta berikut penting untuk diingat:

Hanya separuh daripada jumlah kerusi MCA diperolehi dengan menewaskan calon pembangkang Cina. Separuh daripada kerusi MCA diperolehi dengan menewaskan calon pembangkang etnik India, Melayu dan pribumi.

.
Namun MCA membiarkan sahaja jentera medianya mengagung-agungkan Kristian and Anglophile.

Lihat pada berita dua hari lepas yang disiarkan The Star (screenshot bawah).

Laporan The Star (3 Okt):

"Residents living along Jalan SS14/2A in Subang Jaya can enjoy better parking facilities with the upgrading of the road in front of their houses. [...]  The project, which was carried out under the Marris grant from the Selangor Government. [... Hannah Yeoh] said the state had offered a total of RM2mil to every assemblyman under the Marris grant."

.
Adakah BN tidak pernah menaik-taraf jalan?

Tatkala The Star saban hari berjumpa Adun DAP Subang Jaya itu, tidak pula pernah bertanya kepada Hannah Yeoh kenapa begitu ramai Pembantu-Pembantu Khasnya dilantik menjadi kaunsilor MPSJ. Bukankah itu amalan kronisme?

Seterusnya, kemudahan tempat letak kereta dan menyelenggara jalan adalah diselia MPSJ. Kenapa wartawan Star tidak bercakap dengan pengerusi MPSJ tetapi setiap hal mesti menghubungi Hannah Yeoh?

Pukul anak sindir menantu? Maksudnya dengan mempromosi evangelis, The Star menyindir Umno. Berbanding dengan kecergasan Adun evangelis yang sering muncul di dada akhbar itu menjalankan kegiatan ini dan itu, Adun-Adun Umno ditanggap lembab dan malas bekerja.

Jentera MCA anti Melayu

Selangor mempunyai 20 orang Adun BN.

Carian Google ke atas nama-nama mereka ~

Raja Ideris Raja Ahmad, Warno Dogol, Mohd Idris Abu Bakar, Mohd Isa Abu Kassim, Abdul Shukur Idrus, Sulaiman Abdul Razak, Johan Aziz, Muhd Bushro Mat Johor, Amiruddin Setro, Subahan Kamal, Ismail Sani, Abdul Rahman Palil, Hasiman Sidom, Karim Mansor, Mohd Shamsudin Lias, Marsum Paing, Mohamad Satim Diman (ketua pembangkang Selangor), Yap Ee Wah, Wong Koon Mun & Khir Toyo

.
~ di laman thestar.com.my dalam rangka masa 2-3 Okt 2012 (yakni hari disiarkan cerita 'Parking bays and road upgrades for SS14 area' Subang Jaya di atas) tidak membuahkan apa-apa hasil. Bermakna Adun-Adun BN across the board langsung tidak mendapat liputan di Star.

Akhbar itu seolah-olah menggambarkan kepada para pembacanya bahawa orang BN, termasuk politikus MCA, tidak berminat membuat apa-apa kerja walhal ia Hannah Yeoh yang kaki ponteng mesyuarat DUN.

Pembaca The Star dipujuk bahawa usaha pembangunan prasarana di kawasan-kawasan BN Selangor adalah terbiar dan penduduk terabai berbanding di pusat "Let's take Subang for Jesus!" Untuk pengetahuan umum, MCA kalah di DUN Subang Jaya dengan majoriti besar 13,851 undi (dan di Damansara Utama dengan 15,355 undi).

MCA sebenarnya merestui sifat kaduk naik junjung akhbar miliknya. Malah makan pun disyorkan The Star supaya makan di Subang Jaya (rencana kelmarin, sini).

Berkaitan:

The 'size of balls' no joke with MCA

Entry filed under: PRU13. Tags: .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads