Isnin, 15 Oktober 2012

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


gOSsIp RaKyaT: Terkini: Rakyat <b>Sabak Bernam</b> &#39;Sayang Sangat <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2012 04:58 AM PDT

Siapa yang tidak kenal dengan Prof. murahan PAS iaitu Prof. Dr. Aziz Bari yang semua sedia maklum cuba menunjuk hero menentang Kerajaan ketika menjawat jawatan di UIA. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam dengan rasa ANGKUHnya merasakan beliau layak menjadi ahli parlimen yang baru pada PRU 13 nanti. Pokoknya...boleh menang ke? Ada ciri-ciri sebagai seorang pemimpin ker dia nie..???

Pada 23 Sep 2012 lalu, MATC Sabak Bernam yang diadakan di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam telah sebulat suara menolak calon wakil rakyat Parlimen Sabak Bernam yang sudah hampir 6 bulan berkempen iaitu Dr. Aziz Bari.

Maklumat yang disampaikan menyatakan calon terdahulu, Dr. Badrul Amin dan Dr. Aziz Bari kedua-duanya telah ditolak pencalonan mereka oleh setiap wakil ranting yang bersidang. Dr. Badrul Amin yang sebelum ini tercalon bagi merebut kerusi Parlimen Sabak Bernam telah diketepikan kerana masalah moral yang belum lagi selesai.

Manakala Dr. Aziz Bari pula ditolak kerana sikapnya yang terlalu cepat lupa diri dan telah meminggirkan orang-orang yang membawanya naik ke atas di Parlimen Sabak Bernam. Akibat kekecewaan hampir 10 orang yang mendukung perjuangan beliau sebelum ini, maka nama Dr. Aziz Bari telah digugurkan dari bertanding di Parlimen Sabak Bernam.Kini, cita-cita dan angan-angan Dr. Aziz Bari mula hancur berkecai dan punah serta-merta akibat dari keegoannya sendiri.

Berdasarkan sembang-sembang pemuda AMK Sabak Bernam, mereka semua tidak sepakat untuk meletakkan Dr. Aziz Bari dalam kerusi Parlimen kerana beliau cepat lupa diri apabila dicalonkan oleh Anwar Ibrahim di Sabak Bernam. Mereka juga menuntut untuk meletakkan calon lain yang berkelayakan untuk menduduki kerusi tersebut walaupun terpaksa mengambil calon dari luar kawasan. Betapa bencinya ahli PKR Cabang Sabak Bernam terhadap Dr. Aziz Bari.

GR kata: Macam mana nak memimpin rakyat, diri sendiri pun tak betul. Hancurlah pakatan pembangkang nie!! Korang dah daftar undi..??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads