Isnin, 15 Oktober 2012

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Forum Politik Matang <b>di Shah Alam</b> | Saifulislam.Com 2.0

Posted: 13 Oct 2012 03:38 AM PDT

Forum Politik Matang di Kediaman MB Selangor tempoh hari, rupa-rupanya membariskan panelis yang semuanya graduan Jordan. Prof. Madya Dr Mohd Asri ZA paling senior, kemudian Dr Khairuddin at-Takiri, diikuti dengan saya sebagai junior.

Dalam Forum Politik Matang berkenaan, saya ingin berkongsi sesuatu yang saya kira boleh menjadi nilai tambah untuk rakan panelis serta hadirin. Itu salah satu sebab mengapa saya banyakkan huraian berkaitan Sejarah dan Tamadun Islam, bersesuaian dengan keadaan diri saya yang semasa ini sedang menjadi murid Sejarah.

Antaranya:

  • Bagaimana Tauhid memberi kesan kepada struktur sosial – impak kepada bandar Ur kaum Sumer – pembuktian Tauhid melalui aktiviti arkeologi.
  • Revolusi Perancis 1789-99 dengan slogan Liberty, Equality dan Fraternity memudahkan kita melihat mengapa Tauhid dibenci golongan berkuasa. Elemen ini menjadi intipati Tauhid. "Seruan ini pasti dibenci raja-raja" adalah antara komen awal yang Baginda SAW terima berkenaan makna La Ilaha Illallaah.
  • Gerakan penterjemahan ide di era Tahtawi dan Muhammad Abduh sebagai perbandingan tentang keutamaan menterjemahkan buku pemikiran semasa bagi membentuk politik matang.
  • Gerakan Jadidiyyah oleh Sheikh Kursavi 1804 yang bersemangat Islam, berubah menerima serapan idea kesatuan bangsa apabila Rusia menakluk wilayah Volga pada tahun 1880an untuk membentuk Pan Turkism (Ketuanan Turki – Turanism)
  • Demikian juga perubahan yang berlaku kepada The Young Ottoman daripada berjati diri Islam, berubah kepada Turkism, sebagai menunjukkan idea-idea kesatuan berasaskan bangsa adalah idea reaktif yang tidak boleh menjadi asas perjuangan.
  • Nicholas Hagger di dalam buku The Light of Civilization dan The Rise and Fall of Civilization merumuskan bahawa semua tamadun tanpa mengira bangsa, di mana dan bila, akan berada dalam peningkatan apabila mereka komited dengan mesej 'Cahaya', dan jatuh apabila menjauhi mesej itu.

YB Khalid Samad kata saya 'mencari masalah' dengan menyenaraikan kedudukan istimewa melayu, hak istimewa melayu, ketuanan melayu dan diakhiri dengan Melayu Sepakat Islam Berdaulat :-)

Berikut adalah rakaman Forum Politik Matang di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Pentas dan topik yang saya jarang berpeluang 'menikmatinya'. Jelas sekali saya tidak berbakat dalam politik, harus terus menulis dalam fokus yang lain, namun amanah ilmu dan tanggungjawab al-Bayan mesti diteruskan.

Terima kasih penganjur kerana menggandingkan saya dengan masyaikh yang hebat. Banyak saya belajar dalam Forum Politik Matang ini. Semoga hadirin juga banyak mengambil manfaat daripada mereka.

HASRIZAL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads