Sabtu, 27 Oktober 2012

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Pertandingan Ayam Serama <b>Di Selayang</b> 29/9/12 Anjuran Bersama <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2012 08:30 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera serta Salam Satu Malaysia
Update Game Selayang... yang telah berlangsung pada 29/9/2012 yang lalu menunjukkan bahawa ayam dari Pantai Timur masih sukar untuk diganggu-gugat. Boleh dikatakan pertandingan kali ini pada mata kasar SPB merupakan pertembungan hebat dari pemai-pemain dari Pantai Timur. Dengan Jumlah Mata 4-2 ketika acara BOTB Saudara Tok Pajak dari Kelantan dengan ayam yang diberi nama Sri Brunai telah menambat hati pengadil pada petarungan akhir itu. Dengan jumlah penyertaan sebanyak 280 Bon Kali ini dianggap berjaya dan meriah sekali...


Sri Brunai ayam kategori muda yang berwarna kubing bersih serta bertubuh halus, balung yang tersusun cantik juga kaki yang mantap dan yang terbaiknya ia cukup pandai bergaya dan megibas.... Taniah kepada tuan punya ayam Tok Pajak!!
Persaingan sengit antara ayam dari Terengganu Pok8...
Sedikit foto dari koleksi pok8:
Juara kategori A dan Tanpa Lawi
 __________________________________________________________________
Antara lain, gambar yang menjadi pilihan SPB adalah dari koleksi saudar Lan Audi... kategori tanpa lawi. Biar pun sekadar no.2 tapi gaya lonjak jalan ayam ini boleh terbawa-bawa kedalam mimpi.... syok habis!!
Foto Ayam Saudara Lan Audi
Ayam Gagah.... buat tanding best... buat baka pun best!!
____________________________________________________________________
okey.... sekarang mari kita lihat foto suasana pada acara ini sedang berlangsung:

Persiapan akhir sedang di lakukan oleh para peserta.

LAWATAN MENTERI ASAS TANI 
Yang Berbahagia, Dato' Noh Omar

Dari riaksi Dato' Noh, beliau begitu tertarik dengan acara yang sedang berlangsung... hampir 10minit beliau berada di meja pengadilan untuk melihat dan bertanya bagaimana sistem pemarkahan sambil disertakan gurauwan oleh beliau..... "ayam ni tinggi dada, kita ni tinggi perut' haha... 
Terima kasih di ucapkan kepada Dato kerana sudi meluangkan masa bagi memeriahkan acara kali ini.
_____________________________________________________________________
Okey lah SPB rasa cukup setakat ini dulu untuk update LSPB bagi BON di Selayang buat kali ini. Insyaallah berjumpa lagi kita untuk update game yang akan datang....
SPB mengucapkan sejuta tahniah kepada penganjur game Selayang kerana berjaya menganjurkan game yang meriah sekali. Biar pun ada sedikit-sedikit bunyi yang kurang enak itu lumrah bagi sesuatu acara yang besar... apa-apa pun good job!!! diharap acara Bon ini menjadi menu utama pada masa akan datang.
Mohon maaf jika artikal ini ada kilafnya.... ! Jumpa lagi.. bye
_____________________________________________________________________
Pencapaian SPB buat game di selayang sekadar di tempat kelima ... bawa balik hadiah saguhati ajerr!!
Apa-apa pun Alhamdulillah. Syukurr.!!
Insyallah bakal dibawa ke pentas pertandingan.... bakat baru dari Melaka ni!! Terima Kasih kepada sahabat Serama Telok Mas.....


Sedang berlatih..... main induk la pulak... hahaha
Jumpa lagi bye-bye!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads