Sabtu, 3 November 2012

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle <b>di</b> Flamingo Hotel, <b>Ampang</b>

Posted: 03 Nov 2012 03:20 PM PDT

Dengan sekali lafaz nikah, Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Flamingo by the Lake di Ampang pada pagi Sabtu (3 November 2012).

"Saya tidak terkata. Syukur sangat semuanya (majlis) berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada keluarga mama yang datang jauh dari Perak dan keluarga baru (mertua) dari Kedah," kata Diana.

"Saya gembira dan bersyukur kerana dapat isteri. Sejak awal perkenalan lagi saya sudah terdetik untuk memperisterikan Diana Namun, ia tertangguh kerana faktor usia Diana yang terlalu muda dan belum sampai seru (ketika itu). Saya berdoa agar Diana menjadi isteri yang soleh dan perkahwinan ini kekal ke alam syurga," kata Farid.

Diana, 21, menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran bernilai RM20,000 nilai pelaburan emas. Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.

Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan sedikit manisan. – mstar

Berikut adalah beberapa gambar hi-res pilihan kami semasa majlis berlangsung. Gambar kredit untuk Rotikaya.

OHARTIS: MOGA FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA HENDAKNYA. AMIN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads