Sabtu, 3 November 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


PAS Tanjong Karang Lapor Polis Ketua <b>...</b> - PKM <b>Sungai Burong</b> - Blog

Posted: 18 Oct 2012 10:24 PM PDT

Tanjong Karang, 19 Okt     : Satu laporan polis terhadap Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, telah dibuat di Balai Polis Tanjong Karang mengenai tulisannya melalui twitter yang bersifat hasutan.

Beliau cuba membangkitkan sentimen kebencian rakyat khususnya golongan bukan Islam terhadap PAS dengan mengada-adakan cerita yang tidak masuk akal. Beliau memaksudkan bahawa Pelaksanaan Etika Pemakaian terhadap non Muslim di Billboard oleh Kerajaan Kedah dilihat sebagai usaha jelas untuk mengganggu kehidupan non Muslim, kata Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang, Muhamad Jafaruddin Sheikd Daud

Tan Keng Liang juga, katanya, memfitnah PAS dengan membangkitkan kononnya PAS akan bertindak keras dan tegas terhadap golongan bukan Islam sekiranya PAS memenangi Putrajaya kelak. 'Golongan atlit bukan Islam akan menjadi mangsa dengan tindakan keras memaksa mereka memakai seluar panjang dan T Shirt berlengan panjang'.

Sedangkan setahu saya sebagai Ahli dan pemimpin PAS Tanjong Karang, PAS  tidak pernah memaksa bukan Islam untuk mengikut segala perintah yang hanya di khaskan kepada penganut agama Islam. Golongan bukan Islam diberikan kebebasan memilih dan mengamalkan agama dan budaya mereka tanpa sekatan, katanya lagi

Beliau juga berkata, Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah hanyalah suatu usaha murni yang wajar dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan negeri di negara ini. Ia sebagai suatu usaha membendung gejala sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja.

"Kenyataan Tan Keng Liang juga berunsurkan hasutan dan penghinaan terhadap PAS serta seluruh Umat Islam di negara ini. Dengan biadap beliau menuduh seolah-olah tindakan kod etika berpakian sopan dibuat kerana ahli-ahli PAS akan terangsang melihat model berpakaian  yang mengghairahkan"

Justeru itu, kami membuat laporan polis supaya siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap Tan Keng Liang terhadap kenyataan fitnah tersebut. Katanya lagib sewaktu ditemui di Balai Polis Tanjong Karang

Hadir sama dan membuat laporan polis ialah Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Siti Khadijah Sheikh Osman, mewakili Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja, mewakili Ahli-ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Hamidon Salim mewakili Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Tanjong Karang serta ahli-ahli dan penyokong PAS Tanjong Karang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads