Jumaat, 23 November 2012

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Pengalaman Bersama Little Caliphs <b>Bandar Sunway</b> | Selamat <b>...</b>

Posted: 22 Nov 2012 08:52 AM PST

Syukur, diberi peluang untuk membantu sepasang usahawan. Suami dan isteri yang mengusahakan Tadika Islam berjenama Little Caliphs di Bandar Sunway. Nama khususnya ialah Tadika Khalifah Mentari berlokasi di Bandar Sunway.

Sangat hampir dengan Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon. Saya rasa kalau jalan kaki tak sampai 10 minit pun. (^_^)

Ini merupakan kali kedua saya dapat bantu pihak Little Caliphs.

Pertama di Little Caliphs  Lavender Heights… milik kepada Puan Norafidah

http://www.facebook.com/pages/Little-Caliphs-Lavender-Heights/130678760339714?fref=ts

kedua di Little Caliphs Bandar Sunway milik kepada Tuan Abdul Razak dan Puan Sharifah

http://www.facebook.com/littlecaliphs.bandarsunway?fref=ts

Di Little Caliphs Lavender Heights saya diminta untuk menjadi pengacara majlis dan sekaligus berkongsi sedikit motivasi keibubapaan serta bernasyid.

Di Little Caliphs Bandar Sunway pula saya dijemput untuk menjadi pengacara majlis.

Syukur, saya dapat bantu menjayakan majlis ini bersama mereka.

Saya agak kagum dengan pasangan suami isteri yang mengusahakan Little Caliphs Bandar Sunway ini. Dimaklumkan mereka berdua sudah berhenti bekerja sepenuh masa dari tempat kerja lama mereka dan kini mengusahakan tadika ini sepenuh masa.

Bukan mudah untuk bergantung pada perniagaan sendiri secara tiba-tiba. Namun saya percaya mereka tentu sudah mempunyai perancangan yang tersendiri. Saya doakan mereka akan berjaya memartabatkan Tadika Islam di arena Bandar Sunway sekaligus menjadi usahawan yang sukses !!!

Salam kejayaan buat Little Caliphs Bandar Sunway dan Little Caliphs Lavender Heights.

Bersama Tuan Haji Roslan Nordin, CEO Little Caliphs Program. Selepas  selesai majlis. Beliau menghampiri saya dan berbisik "Bagus… professional done!!"

Pengasas & CEO Little Caliphs Program, Puan Hajah Sabariah Faridah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads