Isnin, 5 November 2012

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Banjir Paling Teruk Melanda <b>Dengkil</b> & Johor - Mentari Minda ®™

Posted: 05 Nov 2012 02:21 AM PST


Kelihatan Anggota Bomba dan Penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir di Taman Kristal 2 ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Dengkil, semalam. - Foto BH

Hujan lebat yang turun sejak dua hari lalu menyebabkan air Sungai Langat melimpah menyebabkan sekitar kawasan  Dengkil dan Sepang dilanda banjir paling teruk.

Akibat saliran parit yang tersumbat serta tidak diselenggara dengan baik menjadikan keadaan lebih teruk berikutan pengaliran air tidak berjalan lancar, selain kesan aktiviti pelombongan pasir haram yang pernah dijalankan situ sebelum ini.

Mengikut kata salah seorang Penduduk, Rozlan Hussin, 44, dari Taman Baiduri, banjir semalam disifatkan antara yang paling teruk melanda pekan Dengkil kerana sebelum ini hanya Kampung Semarang yang pernah mengalami bencana berkenaan, Rozlan berkata dia dan keluarga terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara selepas kediamannya mula dimasuki air kira-kira jam 4.30 pagi.

"Kami hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting. Anak kedua, Mohd Amirullah, 17, pula menumpang tidur di rumah kawannya untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi SPM esok (hari ini),"

Mansor Baharom, 75, dari Kampung Cemperai, terpaksa menghantar isteri, Zawiah Johan, 70, ke rumah anaknya kerana wanita itu terlalu uzur untuk ikut berpindah ke pusat pemindahan sementara, manakala Salina Saharudin, 25, bersama dua anak lelakinya ke pusat itu dari Kampung Revolusi Hijau yang mula dinaiki air jam 5 pagi semalam.

"Suami dan saya hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting, manakala harta benda lain termasuk motosikal dan peti ais ditenggelami banjir berikutan air naik terlalu cepat," mengikut kata ibu kepada dua anak, masing-masing berusia dua tahun dan dua bulan itu.

Sehingga jam 5 petang semalam, seramai 545 penduduk dari sekitar pekan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Dengkil dan Dewan Orang Ramai Kampung Semarang berikutan paras air Sungai Langat naik dengan mendadak, yang menyebabkan banjir sedalam 1.2 meter. Antara kawasan yang paling terjejas teruk adalah Kampung Cemarai, Kampung Kerinsing, Kampung Revolusi Hijau, Taman Amentis, Taman Emas, Taman Kristal, Taman Permata dan Taman Baiduri termasuk juga Kampung Semarang.
Menurut ulasan dari Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Sharikan Bastaman, pihak Bomba dan Penyelama telah menerima panggilan kecemasan mulai jam 4.48 pagi semalam sebelum mengerahkan 38 anggota dari Cyberjaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya memulakan operasi memindahkan mangsa.

Selain banjir di Dengkil, banjir juga melanda Negeri Johor, mengikut kata Sharikan Bastaman lagi, banjir bertambah buruk Di Batu Pahat, apabila 760 orang daripada 215 keluarga dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara. Setakat jam 6 petang semalam, beberapa pusat pemindahan baru bersedia untuk dibuka apabila hujan lebat menyebabkan paras air di beberapa sungai utama serta parit meningkat.

Kawasan teruk terjejas termasuk Parit Sulong membabitkan Kampung Parit Gantong, Parit Pulai, Parit Lapis Laman, Parit Sentang Batu, Parit Yusof, Parit Othman, Parit Betong dan Parit Jawa. Turut terjejas, kawasan Penggaram membabitkan Kampung Linau Kecil selain Kampung Baru di Sri Gading.

Pegawai Daerah Batu Pahat, Ab Wahab Ridwan, berkata pihaknya kini telah bersiap-sedia membuka lebih banyak pusat pemindahan berikutan jumlah mangsa banjir yang semakin meningkat setiap masa. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran bahaya dan meminta penduduk berjaga-jaga apabila paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah melepasi paras 6.12 meter, berbanding paras normal 4 meter. Keadaan di Parit Sulong mendapati paras banjir mencecah 0.6 meter.

JKM Johor, Khatijah Abdullah, berkata pihaknya sudah mengagihkan bantuan berupa makanan, minuman, bantal dan selimut kepada mangsa banjir, manakala Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor menjangka taburan hujan terus meningkat sepanjang minggu ini dengan sungai utama di daerah itu dan Segamat mencecah paras berjaga-jaga. Di Jasin, 91 mangsa daripada 19 keluarga sekitar Tehel terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tehel selepas penempatan mereka dinaiki air.

Dipetik Dari :- Portal Banjir

Farid Kamil & Diana Danielle Sah Bergelar Suami Isteri

© Copyright 2012 Mentari Minda All Rights Reserved

Banjir: 545 Penduduk <b>Dengkil</b> Dipindahkan | MyNewsHub

Posted: 04 Nov 2012 08:27 PM PST

KUALA LUMPUR – Seramai 545 orang dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan di Dengkil, Sepang, Selangor Ahad apabila kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.48 pagi.

Katanya 40 anggota dari tiga buah balai bomba iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya dikejarkan ke 10 lokasi yang terjejas teruk.

Antara kawasan itu ialah Taman Baiduri, Taman Amentis, Kampung Cemperai, Taman Kristal, Kampung Kerinsing, Taman Delima, Taman Sri Tanjung dan Kampung Revolusi Hijau.

Mohd Sani berkata 348 mangsa banjir kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Dengkil manakala 197 yang lain dipindahkan sementara ke Dewan Kampung Semarang. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads