12 di teluk datok - Google Blog Search |
fendi tazkirah: RAKYAT BOSAN DENGAN KENAIKAN HARGA <b>...</b> Posted: 04 Nov 2012 08:17 PM PST Janji Pakatan: Turun harga minyak dan kereta, mansuh PTPTN, pendidikan percuma dikemaskini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membenarkan penderitaan dan kezaliman mencengkam rakyat jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir. "Saya berbicara dengan hati dan keyakinan, jika kita buat sesuatu dengan tidak mempertahankan kezaliman... Kita pergi ke Putrajaya, (kita) jangan izin rakyat menderita dan dizalimi. "... kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, beri pendidikan percuma dan kaji AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik). "(Indeks) rasuah meningkat, barang naik... itu racun daripada BN," kata Anwar yang juga ketua umum PKR di hadapan kira-kira 30,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi. Ia merupakan kesimpulan isi ceramahnya yang mengulas isu-isu semasa antaranya kenaikan harga minyak dan risiko pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dianggapnnya membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Sekaligus, beliau yang juga ketua pembangkang turut mengulangi jaminan dan janji Pakatan mengenai pemberian pendidikan percuma dengan membatalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga kereta. "Jika kita menang, Insya-Allah kita juga akan tingkatkan mutu pendidikan negara... Kita tidak akan terlibat dengan diskriminasi... Tak payah main isu bangsa. Kita akan lawan, insya-Allah kita akan menang," katanya sewaktu mengulas isu PTPTN. Selain itu, Anwar membidas pengamalan rasuah tetapi didakwanya didiamkan oleh pihak berkuasa dan keresahan anak muda yang tidak pekerjaan sedangkan ada individu yang didakwanya mengautkan keuntungan berbilion ringgit selepas membeli syarikat arak. Turut hadir dalam himpunan tersebut barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kepimpinan Pakatan semua peringkat. Sebelum itu, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang dalam ucapannya menempelak pemimpin dalam kerajaan yang menurutnya menganggap diri mereka "maha suci" daripada kekurangan. "Tidak ada silap... Harta negara (jadi macam) harta pemimpin. Ini bukan satu amanah. Ini bukan ajaran Islam... Kekayaan negara berpusing-pusing di antara pemimpin dan 'Qarun' yang bersangkutan dengan pemimpin," kata beliau bagi menghuraikan sepotong ayat al-Quran yang dibacanya sebelum itu. Sambil menyatakan haram menyokong kerajaan yang zalim, Abdul Hadi menegaskan rakyat boleh menghukum kerajaan itu dengan menggunakan platform demokrasi, bahkan Pakatan melaksanakannya dengan menghantar wakil rakyat di Parlimen untuk menghantar mesej tersebut. "(Tetapi) BN tidak bersedia untuk untuk membuat perubahan. Kita wajib ubah kerajaan. Tukar pemimpin (berlaku) di negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain. "Parti buat silap, rakyat hukum... Tapi ia tidak jadi di Malaysia. Mahu jadi kerajaan selama-lamanya. Kesalahan ditutup dengan akta OSA, ISA untuk menyekat kebebasan rakyat," katanya. Sementara itu, Lim Kit Siang pula menolak dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13. "Itu semua bohong, dusta dan fitnah... Pakatan Rakyat, kita ada mesej yang sama tidak seperti BN. Kita mahu selamatkan demokrasi, selamatkan Malaysia dan kembalikan keadilan, kebebasan dan hak asasi dimajukan," katanya. Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan itu kemudiannya melancarkan satu gimik sebagai tanda pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diiringi dengan tembakan bunga api berwarna-warni. PI Bala ancam dedah semuanya jika SPRM terus membisu Penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengancam untuk mendedahkan lebih banyak butiran mengenai percubaan untuk merasuahnya berhubung akuan sumpahnya (SD) pada 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.Dalam sepucuk surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang Malaysiakini telah melihat, Balasubramaniam yang bersembunyi di India berkata maklumat yang beliau memiliki sudah berada di tangan wartawan asing dan akan didedahkan jika suruhanjaya itu terus tidak berbuat apa-apa. Balasubramaniam menulis bahawa peguamnya menyimpan semunya bagi pihaknya, dan wartawan asing juga ada semuanya. Menurutnya, mereka hanya menunggu arahannya dan kemudiannya akan mendedahkan segala-galanya. Pada masa itu, tulis Balasubramaniam, semuanya akan menjadi sudah terlambat. Oleh itu, Bala meminta suruhanjaya itu memaklum kepadanya atau peguamnya dalam dalam masa tujuh hari, dan jika tidak, beliau "tidak bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku". Dalam surat bertarikh 2 November itu, Balasubramaniam menyatakan kekecewaan terhadap sikap membisu SPRM itu. Guan Eng paling yakin di Kelantan dan Selangor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata peluang terbaik Pakatan Rakyat adalah di Kelantan, diikuti oleh Selangor, Pulau Pinang dan akhir sekali Kedah.Penilaian beliau berdasarkan kepercayaan bahawa retorik perkauman BN akan mempunyai impak yang kurang di Kelantan dan Selangor. "Pokoknya saya adalah satu-satunya ketua menteri keturunan Cina dan bukan Islam di Malaysia, jadi saya sasaran yang mudah. Ia adalah sangat jelas bukan?" Dalam ucapannya sebelum itu, Lim mendedahkan apa yang didakwa dari dokumen yang bocor mengenai persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya. Beliau berkata kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya di kawasan bukan Melayu di Selangor adalah pada 53 peratus dan "sangat bersedia" di kawasan Melayu. "(Ia adalah) sangat tinggi. Adakah kita di peringkat itu atau tidak? Mari kita membuat penilaian ikhlas selepas ini, "katanya. Tambahnya, walaupun jika BN adalah lemah, tetapi DAP tidak akan menang jika ia tidak bersedia. Beliau memberitahu pemberita kemudiannya bahawa masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam semua negeri termasuk Selangor. "Saya akan berbohong jika saya katakan saya berpuas hati (dengan persediaannya)," katanya. Dalam ucapannya sebelum ucapan perasmian Lim, pengerusi DAP Ini termasuk mempertahankan kerusi marginal di Sekinchan dan Teluk Datuk, di mana ia menang dengan majoriti tipis masing-masing 190 undi dan 698 undi semasa pilihan raya umum 2008. Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa BN juga mempunyai kerusi marginal di mana DAP harus menumpukan usaha dalam harapan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang, atau membantu rakan parti dalam Pakatan berbuat demikian. Ini termasuk Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek di mana DAP tewas masing-masing dengan 449 undi dan 1572 undi, serta lapan kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi parlimen di mana parti-parti dalam Pakatan kalah tipis. "DAP adalah kuat di kawasan majoriti bukan Melayu. Di lapan kerusi BN tersebut, sekurang-kurangnya 15 peratus adalah pengundi bukan Melayu. "Jika kita boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 70 peratus sokongan mereka, kita boleh memenangi kesemua lapan kerusi ini," katanya ketika menggesa ahli-ahli untuk menyumbang idea bagi membantu menyokong kemenangan. Lapan termasuk Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam dan Sri Serdah, semuanya telah dimenangi dengan kurang daripada 700 undi. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata pada keseluruhannya, kedua-dua Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai lapan hingga kerusi marginal. Ditanya jika beliau yakin bahawa rakan-rakan dalam Pakatan - PKR "Pada 2008, banyak kawasan yang yang saya telah ditunjukkan sebelum ini, tidak ada kerjasama (antara parti komponen Pakatan). Malah jika ada pun, ia adalah sangat minimum. "Sekarang setelah kita membentuk kerajaan, ia adalah amat penting bagi kita mengeratkan hubungan antara PAS, PKR dan DAP untuk mencapai kejayaan di kerusi-kerusi tersebut," katanya. Ahli Parlimen Seputeh berkata, kerjasama tersebut kini boleh dapat dilihat dalam program bersama seperti pelbagai ceramah di seluruh negeri. Puluhan ribu hadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat walaupun hujan Walaupun hujan lebat bermula jam 2 petang dan padang becak, ia tidak menghalang kira-kira 30,000 orang hadir dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di padang Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan malam tadi.Padang yang digenangi air dan berlumpur, tidak mematahkan semangat mereka berpayung dan berbaju hujan serta berdiri di tengah padang sewaktu hujan renyai bagi mendengar penjelasan isu-isu semasa daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Himpunan anjuran gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu sebagai permulaan sebelum diteruskan di beberapa buah negeri bagi menyokong tuntutan mengadakan pilihan raya bersih dan adil. "Kenapa kita memilih Negeri Sembilan, kerana ia negeri paling awal kita akan berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang. Bila tiba mengundi, jam 7 malam (keputusan diumumkan), Wisma Negeri kita telah tawan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Wisma Negeri merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri itu yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohamad Hassan Kata-kata pemimpin PAS yang mesra dipanggil 'Abang Mat' itu - juga merupakan pengarah program - diiringi tepukan dan sorakan hadirin yang hadir. 'Ayam sabung' PAS itu juga berkata perhimpunan seumpama itu, bakal diteruskan di Stadium Muhammad ke-IV di Kelantan pada 16 November ini sebelum diikuti di beberapa negeri mengikut zon - Pahang, Kedah, Johor dan Perak. Perhimpunan itu juga kemudiannya, akan diteruskan oleh kepimpinan Pakatan di peringkat negeri yang melibatkan antaranya Melaka, Pulau Pinang dan Perlis, tambahnya. Mohamad Sabu berkata acara kemuncak perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Januari tahun depan dengan sasaran sebanyak sejuta rakyat akan berhimpun di situ. "Perhimpunan seluruh rakyat di Kuala Lumpur di antaranya menyokong tuntutan BERSIH, (dan) tuntutan rakyat (yang akan disertai) tidak kira (penyokong) Hijau (Lynas), Merah (royalti), Oren (Felda), Kuning (BERSIH) atau apa-apa warna sekalipun," katanya. Sebelum itu, ketua pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyampaikan ucapan yang pada umumnya menyatakan kehadiran puluhan ribuan di situ sebagai indikasi bahawa Pakatan Rakyat mampu menguasai Wisma Negeri pada pilihan raya umum akan datang. Mereka adalah Pesuruhjaya PAS Mohd Taufek Abdul Ghani, Anthony Loke (Ketua DAP Negeri Sembilan) dan Datuk Kamarul Baharin Abbas (ketua pimpinan PKR negeri). Sementara itu, dalam ucapannya, Anthony menegaskan DAP berjanji akan bertungkus-lumus untuk mengalah MCA, Gerakan dan MIC di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum akan datang. "Saya juga mahu tuan-tuan berjanji di mana kerusi PAS atau PKR bertemu Umno, adalah menjadi kewajipan kita untuk habiskan (kalahkan) Umno dan BN. Marilah sama-sama kita jatuhkan BN," katanya yang diirngi tepukan dan sorakan gemuruh hadirin. Beliau sekali lagi menempelak Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang didakwanya "biadap" dengan menghina Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mengulangi janjinya untuk membelanya. "Jika agama Buddha dihina (sekalipun), saya yakin pemimpin PAS juga akan mempertahankannya. Kalau agama Hindu dan Kristian dihina, saya yakin PKR akan mempertahankan. Kalau agama Islam dihina, DAP akan mempertahankannya," katanya yang juga ADUN Lobak dan ahli Parlimen Rasah. Ketiga-tiga mereka kemudiannya memeterai dengan membaca satu persefahaman untuk mendokong dan menjunjung Undang-undang Tubuh negeri serta Tonggak Nan9 iaitu janji untuk membela rakyat termasuk Orang Asal jika diberi kepercayaan mentadbir negeri itu. Selepas itu, Sasterawan Negara dan Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said kemudiannya, mendeklamasikan puisi bertajuk 'Pelamin Kuasa' yang mendapat tepukan gemuruh para hadirin. Tanah runtuh, 150 penghuni kuarters polis gombak pindah Kira-kira 150 penghuni Blok F1 kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak terpaksa berpindah selepas berlaku kejadian tanah runtuh malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6 petang dan siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati runtuhan pada jarak kira-kira dua meter dari bangunan itu berada pada tahap kritikal. Beliau berkata kejadian yang berlaku ketika hujan lebat itu turut mengakibatkan tiga kereta rosak selepas dihempap batu dari tembok penghadang yang runtuh. "Semua penghuni diarahkan berpindah kerana ada pergerakan bawah tanah menyebabkan bangunan itu tidak selamat untuk didiami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. Rosly berkata mereka kini ditempatkan di dewan blok bersebelahan kuarters polis itu. Seorang penghuni, Hasmani Ismail, 45, berkata ini adalah kejadian pertama sejak beliau tinggal di kuarters itu enam tahun lepas. "Semasa kejadian, saya bersama suami dan dua anak berada di dalam rumah, dan tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti kemalangan, disusuli bunyi penggera kenderaan secara bertalu-talu. 'Calon berkualiti, tiada sabotaj kunci BN rampas K'tan' Barisan Nasional mampu menawan semula Kelantan jika menurunkan calon yang berkualiti dan mendapat sokongan padu daripada semua peringkat kepimpinan parti di negeri itu. Setiausaha Kelab Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mewakili dua generasi berbeza dalam parti itu bersependapat bahawa calon berkualiti dan tiada sabotaj merupakan dua kunci utama bagi memastikan BN dapat merampas Kelantan daripada cengkaman parti PAS. Mustapha berkata rakyat Kelantan kini sudah bersedia menukar kerajaan akibat kegagalan PAS mengurus negeri itu dengan baik dan BN perlu mengambil peluang sepenuhnya terhadap situasi itu dengan memastikan dua kunci utama itu menjadi kenyataan. "Calon berkualiti mestilah berakhlak mulia, bersih daripada rekod buruk seperti tidak bermoral dan rasuah. Mereka mestilah mesra rakyat, tidak sombong, senang didekati dan sanggup turun padang dalam semua keadaan. "Calon dipilih bertanding mestilah mendapat sokongan padu daripada semua kepimpinan bahagian dan cawangan. Mereka yang tidak terpilih mesti mengetepikan perasaan kecewa kerana kemenangan parti adalah utama," katanya kepada Bernama. Khairy berkata selain itu Badan Perhubungan Umno Kelantan perlu menyediakan insentif khas kepada golongan muda dalam manifesto mereka. "Insentif ini boleh dibuat dari segi pembangunan belia, kemudahan untuk belia atau pemberian peruntukan secara langsung kepada belia," katanya. - Bernama Bekas guru Kemas maut dalam rompakan di Sabak Bernam SABAK BERNAM - Seorang bekas guru Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas) meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas mukanya ditekup dengan bantal oleh seorang daripada dua lelaki yang merompak rumah kedainya di Jalan Parit 6 Timur, Sungai Besar di sini pagi tadi.Mangsa dikenali sebagai Sadariah Tohbasar @ Ahmad, 65, yang bekerja sebagai tukang jahit dan membuat kuih. Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira pukul 4.45 pagi itu disaksikan oleh cucunya, Mohd Hafizul Azwan Mohd Aznan, 17, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Noor Mushar Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.30 pagi memaklumkan mengenai kejadian samun di rumah kedai itu. Beliau berkata mayat mangsa ditemui terbaring di ruang tamu dengan kesan darah di bahagian mulut dan kesan bengkak di dahi kirinya. "Mengikut keterangan cucunya yang tidur sebelah mangsa, dua lelaki memakai sarung muka dan bersarung tangan serta bersenjatakan dua bilah parang telah memecah masuk pintu belakang serta menggeledah bilik tengah untuk mencari barangan berharga. "Sebelum itu, mangsa dan cucunya telah diikat dengan tali rapia. Cucunya tidak melawan dan mendiamkan diri tetapi mangsa telah menjerit meminta tolong menyebabkan suspek menumbuk dahinya dan bertindak menekup muka mangsa dengan bantal sehingga wanita itu lemas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian. Noor Mushar berkata kedua-dua suspek dipercayai warga tempatan turut melarikan pelbagai barangan kemas dan wang tunai RM500 menyebabkan keseluruhan kerugian kira-kira RM2,000. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam di sini untuk bedah siasat, katanya. Beliau berkata pihaknya kini sedang mengesan kedua-dua suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. Anwar dakwa cubaan tipu senarai daftar pemilih 5 November 2012 "Jumlah yang dibekalkan seramai 12.4 juta untuk Mac. Tetapi yang diaudit dan diserahkan kepada kita adalah sebanyak 11.5 juta. Ini bermakna dalam masa setahun, jumlah daftar pemilih meningkat sebanyak 1 juta. "Kemudian, SPR bagi penjelasan kononnya mereka tersilap membuat kiraan di negeri Sabah dan Sarawak. Hal ini sudah nampak ketirisan maklumat dalam SPR," katanya berucap di hadapan 30,000 penyokong pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya, di sini, malam kelmarin. Menurutnya, terdapat juga maklumat daftar pemilih yang meragui sehingga ada maklumat pemilih yang tidak masuk akal. "Sebagai contoh, pemilih bernama Nurkhanida dari Parlimen Serdang yang lahir pada 26 Oktober 1982 dan memohon menjadi pengundi pada 26 Oktober 1982. "Begitu juga daftar pemilih bernama Naquib dari Parlimen Temerloh yang lahir pada 18 Ogos 1979, tetapi menjadi daftar pemilih pada 16 Mei 1991 iaitu masih berumur 12 tahun. Bagaimanapun, Anwar berkata, usaha dan percubaan menipu tersebut masih belum mendapat penjelasan dan jawapan rasmi daripada SPR. Fathul Bari: 'Soi Lek persoal hudud versi Pas' 5 November 2012 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan. Menurutnya, oleh sebab maklumat yang tidak tepat itu, Soi Lek sering mengeluarkan kenyataan yang keras mengenai hudud. Menurutnya, atas inisiatif sendiri, Ilmu mengadakan pertemuan dengan Soi Lek dan beberapa pemimpin MCA lain bagi menerangkan isu ini. "Beliau (Soi Lek) faham dan menghormati bahawa hudud adalah undang-undang Islam dan seluruh umat Islam patut menerima hudud. Beliau juga faham Islam adalah agama Persekutuan. "Apa yang beliau tentang adalah hudud versi Pas yang dilihat berat sebelah, beliau risau berlaku diskriminasi contohnya jika berlaku kecurian. Pencurinya seorang Islam dan bukan Islam. Jika cukup bukti, seorang dipotong tangan dan seorang lagi tidak, ini memberi implikasi besar kepada rakyat dan negara," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Ditanya sama ada Soi Lek menerima hudud dilaksanakan ke atas semua rakyat, Fathul menjelaskan Soi Lek mendukung prinsip demokrasi. "Jika majoriti rakyat mahukan hudud untuk semua, maka beliau terima, jika majoriti mahu hudud versi Pas juga beliau terima, negara kita negara demokrasi," katanya. Selain itu, Fathul turut menegaskan bahawa tidak adil untuk menyatakan keseluruhan enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu tidak tepat kerana banyak perkara yang menepati syarat dan al-Quran. "Undang-undang yang dibuat manusia terdedah kepada kelemahan dan tidak maksum, apa yang maksum adalah undang-undang ALLAH sahaja. Maka pembetulan perlu dilakukan," katanya. Fathul turut mengucapkan terima kasih kepada MCA yang menyambut baik kedatangan rombongannya dan sudi berbincang mengenai hudud. "Perbincangan ini berjalan dengan amat baik sekali, semua pihak menerima pandangan masing-masing. Walaupun isu hudud ini sensitif, tetapi mereka mendengar dengan baik," katanya. Kelmarin, Soi Lek menegaskan beliau tidak pernah menghina undang-undang Islam, hanya mempersoalkan hudud versi Pas. 250,240 ANAK LUAR NIKAH 250,240 x 2 SAMA DENGAN 500,480 PASANGAN TELAH BERZINA...ITU ADA ANAK...YANG ZINA TAK DE ANAK BERAPA PULA JUMLAHNYA...ALLAH LAH YANG TAHU...ADAKAH MASIH TAK MAHU LAKSANAKAN HUDUD...JANGAN JADI MAKHLUK YANG MUNAFIKLAH..DAN PENENTANG UNDANG2 ALLAH
KUALA LUMPUR: Siti Zailah Mohd. Yusoff [PAS-Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan status 250,204 orang anak luar nikah yang berdaftar di Malaysia sejak tahun yang lalu. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu turut bertanya apakah usaha kerajaan menangani isu zina yang semakin merebak dan mengurangkan kadar kelahiran anak haram di Malaysia. Beliau bertanya demikian dalam soalan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Ahli-ahli Parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan hari ini seperti di bawah. Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan menyatakan apakah asas yang digunapakai oleh syarikat-syarikat telekomunikasi mengenakan bayaran sehingga RM2,000 satu hari ke atas Jemaah Haji dan Umrah yang menggunakan Internet Roaming. Che Uda Che Nik [Sik] minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 8 Mac 2011, berapa ramaikah dari kalangan golongan ini telah dapat diberi rumah, mohon data dikemukakan mengikut negeri. Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha Kerajaan untuk memastikan kelayakan pemohon untuk mendapatkan rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat). Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Syarikat MMC akan mengambil alih pengurusan atau seluruh aset Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Kewangan menyatakan terhadap penjelasan nama baik dan imej negara di kaca mata dan radar pelabur asing, bersabit pelbagai dakwaan dan kontroversi dalam pemberian kontrak LRT Ampang dengan nilai RM960 billion kepada Konsortium George Kent yang melibatkan 8 pembida internasional berwibawa bersama rakan-rakan JV local mereka. Sebelum ini saya mempunyai teman lelaki ketika belajar di universiti. Saya namakan dia A. Selepas beberapa lama berkawan, kami terlanjur. Saya rasa bersalah kerana itu kali pertama melakukannya. Saya terus berkawan dengan A hinggalah saya mendapat tahu dia bertunang. Saya amat marah dan sedih kerana dia menipu saya. Saya memutuskan perhubungan dengan A dan bertemu beberapa lelaki lain. Mulanya, saya amat menyukai dan ingin serius dengan seorang lelaki. Saya bersikap jujur dengannya dengan memberitahu bahawa saya pernah terlanjur. Saya ingatkan dia dapat menerima dengan hati terbuka malangnya ada maksud lain. Dia juga ingin meniduri saya. Sejak itu, saya tidak mahu serius dengan sesiapa kerana menganggap lelaki hanya mengambil kesempatan. Saya berasa diri amat hina sekali, walaupun solat lima waktu tapi tetap melakukan zina. Kali terakhir saya mempunyai teman lelaki, dia juga mahu meniduri saya lalu saya nekad memutuskan hubungan. Saya amat sedih. Sejak dari itu saya berazam untuk berubah dengan menjauhkan diri daripada zina. Mujurlah saya mendapat kerja berhampiran rumah ibu bapa jadi pergerakan saya sedikit terbatas. Namun, sejak akhir-akhir ini, hati saya teringin berkawan dengan lelaki tapi takut kerana teringat cerita lama. Saya sengaja menduga beberapa kenalan lelaki dengan mengatakan bahawa saya pernah terlanjur. Mereka juga seperti lelaki-lelaki sebelum ini, berniat jahat. Saya tidak tahu sampai bila ia akan berterusan begini. Saya kasihankan ibu bapa yang sentiasa mendoakan saya diberikan suami yang baik. Saya tidak tahu bagaimana harus saya luahkan. Saya tidak mahu berzina lagi, sebaliknya ingin berkawan dan bersikap jujur. Tolong lah saya Dr. GADIS SEDIH, Selangor. Jawapan DR simpati dan dapat memahami jiwa adik. Orang yang kehilangan sesuatu yang amat disayangi (kesucian diri) berkemungkinan berasa rendah diri. Begitu juga individu yang berasa dihina dan tidak dipunyai sering merasa kehilangan harga diri. Keperluan psikologi ialah seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai. Individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami kegagalan identiti, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa (Glasser 1984). Adik tidak mendapat kedua-dua perasaan tersebut (dicintai dan dihargai). Sebaliknya, bekas kekasih dan teman lelaki hanya memanipulasi adik untuk memenuhi elemen id (keseronokan) mereka saja. Kenyataan seperti 'saya sangat sedih dengan diri saya' dan 'saya berasa diri hina sekali' dalam konteks psikologi boleh memberi kesan kepada kecenderungan untuk merasai malu yang amat mendalam. Individu cenderung untuk memperbesarkan masalahnya atau melihatnya dengan perasaan amat sedih. Inilah yang adik sedang rasa dan alami. Keadaan ini biasanya akan menghasilkan perasaan takut dan bimbang yang bukan-bukan. Pemikiran menjadi tidak rasional dan sifat yang tidak rasional ialah lemah semangat atau tanpa harapan hidup. Apa yang boleh dilakukan dalam konteks permasalahan adik ialah mencabar pemikiran mengenai kepercayaan bahawa semua lelaki yang adik kenali hanya mahu meniduri adik. Adik boleh membina kenyataan diri yang realistik dan rasional. Lakukan latihan mencabar pemikiran adik ini berulang kali. Ia akan membantu meredakan perasaan. Dr melihat adik mempunyai keinginan sangat tinggi untuk berubah seperti berdoa kepada Allah agar dikurniakan suami yang dapat membimbing adik ke jalan yang diredai dan berazam tidak berzina. Berterusanlah memohon doa. Adik juga kasihankan ibu bapamengetahui mengenai diri adik. Dr doakan apa yang adik inginkan daripada perubahan ini akan berjaya. Allah SWT sentiasa memerintahkan umat-Nya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar." (At-Tahrim: 8) Kisahnya bermula dua tahun sebelum berumah tang�ga. Saya mengenali gadis (A) yang berumur lebih tua daripada saya. Walaupun begitu, dia memiliki rupa paras menawan. Saya mengenali A pada zaman persekolahan kerana dia menjadikan saya adik angkat. Selepas tamat persekolahan, kami terpisah kerana menyambung pelajaran masing-masing. Selepas lama terputus hubungan, kami bertemu kembali dalam laman sesawang. Di situ, bermulalah kembali hubungan adik-kakak dan ketika itu juga A sudah berumah tangga. Pada mulanya hubungan kami normal, tapi lama kelamaan menjadi serius. Timbulnya kemesraan apabila A sering berkongsi cerita mengenai kehidupannya yang bosan dan sunyi. Suami A sering keluar dan lebih banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakannya. Mereka juga masih belum mendapat cahaya mata menyebabkan A bosan. Mungkin disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian suami, A berkongsi kasih sayang dengan saya. Pada masa itu, saya bujang dan tiada teman wanita hingga akhirnya terjebak dalam cinta songsang iaitu skandal bersama isteri orang. Mungkin disebabkan pemikiran yang belum matang, saya termakan ayat-ayat manis dan tidak dapat berfikiran secara rasional atas tindakan saya. Saya menyuruhnya menggugurkan kandungan itu, tetapi A enggan. Saya cukup kesal dengan keterlanjuran itu. Kami masih berhubung, tetapi tidak berjumpa. Saya semakin takut apabila A sering mendesak untuk melakukan lagi perbuatan terkutuk itu untuk membolehkan dia memperoleh seorang lagi cahaya mata. Saya mengelak dan memberitahunya betapa saya kesal dengan apa yang berlaku dan bertaubat tidak mahu mengulangi dosa itu lagi. Saya tidak tahu macam mana hendak berhadapan dengan suami A dan apa yang akan terjadi atas diri saya sekiranya memberitahu perkara yang sudah saya lakukan bersama isterinya. Berilah pandangan dan jalan kepada saya supaya mampu memperbaiki diri. Suami Gelisah KATA-KATA 'di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam' boleh membantu adik untuk tidak terus terperangkap dengan kisah silam yang bukan saja memeritkan, tapi berkesan� buruk terhadap jalur perkahwinan adik. Ikhlas Dr rasa adik sudah 'celik akal' apabila menyesali perbuatan yang lalu. Adik juga bertaubat tidak akan mengulangi dosa itu dan ia satu tindakan yang bijak. Kata pepatah, 'dunia ini umpama lautan luas, kita adalah kapal yang belayar Apa yang adik perlu lakukan ialah tidak terlalu menghukum diri dan bersifat asertif untuk tidak berhubung lagi dengan A. Dengan masih menghubungi A, adik memberi harapan yang A akan gunakan sepenuhnya untuk terus bersifat oportunis. Adik bukan saja dapat memuaskan nafsu, tapi dilihat sebagai 'alat' untuk A mendapatkan apa yang dia tidak peroleh daripada suaminya. Adik ibarat 'tabung uji' untuk A mendapat seorang lagi anak. Dengan berterusan berhubung dengan A, adik juga bersifat tidak adil kepada isteri dan perkahwinan. Tentu sekali hancur hati isteri apabila mengetahui perkara ini. Jika sayangkan perkahwinan yang baru dua tahun dibina, adik tidak boleh terus menerus memberi harapan dan hati kepada A kecualilah sebenarnya adik memang sayang dan tidak mahu melepaskan A kerana kecantikan dan faktor lain. Adik perlu membuat keputusan terbaik dalam perkara ini. Tanya diri apakah perkara paling penting dalam hidup sekarang? Fokus kepada perkara itu. Jika tidak, adik mungkin hilang keindahan berumah tangga sedikit demi sedikit. Ingatlah 'akal itu menteri yang menasihati, hati itu ialah raja yang menentukan'. Semoga akal dan hati adik akan memilih jalan terbaik. Oleh SHAMRAN SARAHAN, ANIZA ZAINUDIN dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD metahad@hmetro.com.my Penemuan ini hasil penyamaran tiga wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke klinik terbabit sejak dua minggu lalu. Seorang berlakon sebagai pelajar perempuan yang berpakaian seragam sekolah, seorang berlagak sebagai kekasih, manakala seorang lagi menyamar sebagai kawan baik. Berdasarkan siasatan, pelajar yang hamil kurang tiga bulan sangat mudah melakukan pengguguran janin. Prosedurnya ringkas, hanya perlu pergi kaunter, buat temu janji dan bayaran pendaftaran RM50, seterusnya berjumpa doktor untuk proses pengguguran. Tanpa perlu diiringi ibu bapa atau keluarga terdekat, kos keseluruhan pengguguran janin hanya antara RM1,200 hingga RM2,500 bergantung kepada saiz kandungan. "Jumpa doktor dulu untuk periksa. Kalau okey, sediakan duit saja, kita akan buat (pengguguran). Tak perlu takut," kata seorang jururawat ketika wartawan mengunjungi sebuah klinik di Ampang. |
You are subscribed to email updates from di teluk datok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan