Selasa, 6 November 2012

12 di port klang - Google Blog Search

12 di port klang - Google Blog Search


BUKAN SEKADAR POLITIK: Isu Kapal Israel Singgah <b>di Port Klang</b>

Posted: 15 Oct 2012 06:37 AM PDT

 Oleh Kamarn J.

Isu : 2 Kapal Israel di Port Klang

Call Sign : A8WN9, kapal kontena, seberat 41,000 tan.
Dagangan : antara China – Israel (port Shanghai dan Xianmen stop isi minyak)
Lagi satu, ada crew list? Kalau semua sailor Israel dengan passport Israel, macamana nak dapat Port Clearance? Duta pun takde … hahahaha .. kelentong betui.
Info ni boleh dapat kat mana2 pun, syarikat insurans, shipping agent dll. Yang tu pun PKR susah nak bagi?

Mana ada orang bawak minyak sawit pakai kapal kontena macam dalam video ni. Orang pakai kapal tanker. Sekarang dah keluar bendera kapal, no IMO kapal, barang kapal, Call Sign kapal. Ada lori kutip barang?? Aku tau dah kapal yang PR kelentong tu asalnya port Hong Kong .. hahahhahaha …
Kalau orang nak bawak minyak kelapa sawit, orang tak pakai kapal kontena yang bawak TEU (kotak besi) tu, orang pakai kapal tanker la. Ni contoh kapal tanker.


 Port Klang kapal selalu stop untuk isi minyak kalau nak ke China. Kalau nak stop kat Port Singapore bunkering timing full. Lepas isi minyak kapal blah lah. Video yang depa tunjuk ni takde aktiviti buat turun barang pun, kren pun tak bergerak. Cepat je kapal singgah. Kat Selat Melaka, Port Klang dan Port Singapore memang tempat2 favorite untuk kapal2 ni bunker.
Nak tengok kapal tu lama ke tak lama kat port tu, tengok full round trip kapal tu. Kalau lebih dari 4 hari, baru orang habaq unloading. Takkan unloading barang 40,000 tan ambik masa sehari? HAHAHAHA … jin pun tak boleh buat :D

Penerangan Menteri jelas, memang kapal yang ada pemilikan Yahudi Israel dibenarkan, sebab majority kapal2 dagang di dunia mereka ada saham. Kalau kita tak benarkan, macamana barang2 yang kita beli secara pukal dari negara lain seperti Arab, Eropah, Afrika, nak dihantaq ke sini? Takkan nak pakai perahu? Ini tidak bermakna Malaysia berdagang dengan Israel. Contohnya, kapal ZIM banyak disewa oleh peniaga2 dari China memandangkan port singgah dia banyak di Shanghai dan Xianmen. Kalau peniaga2 China ni nak hantaq barang secara pukal ke Malaysia pakai servis ZIM ni, adakah kita berdagang dengan Israel? Tidak, kita berdagang dengan China. Samalah modus operandi negara2 yang tidak mengiktiraf Israel jugak.
Pendapat peribadi akulah, takde orang Malaysia termasuklah yang bukan Islam akan deal dengan Israel di Malaysia terutamanya di pelabuhan2 kita. Bukan sebab Palestin, bukan sebab Islam, sebab LECEH! Pening kepala nak buat dagangan dengan negara yang takde hubungan diplomatic ni. Dengan Bank Negara punya red tape pasal duit masuk, dengan pencukaiannya jadi susah. "Masa itu wang" untuk orang2 port ni. Kalau nak sorong barang dengan sorok kertas kerja pun makan hari, ingat sewa kapal tu RM10 ke sehari? Boleh capai RM500K/sehari tau! Lebih baik pi Singapore je kalau nak sangat barang Israel tu.

Contohnya kalau Israel nak pakai Proton Saga, diorang tak payah beli kat Malaysia, diorang pi beli kat UK je. Kita jual kat UK, UK nanti jual kat Israel, habih cerita. Macam kita beli barang Intel gak. Malaysia tak berdagang dengan negara Israel tapi dengan proksinya iaitu syarikat antarabangsa Intel. Intel beli barang Israel, Malaysia beli barang Intel. 

Realiti, Iran yang tak iktiraf Israel pun benarkan kemasukan barangan Israel seperti barangan elektronik mereka. Syarikat perkapalan yang ada entity Israel pun ada ofis kat Tehran. Adakah kerajaan Iran yang membuat order atau syarikat antarabangsa yang beroperasi di Iran yang buat order? Mana satu?? Senario sama jugak macam kat Malaysia, adakah kerajaan Malaysia yang buat order atau syarikat antarabangsa tu? Kalau macam tu, adakah bermakna kita mengiktiraf negara Israel??
Kena faham beza kapal dagang dengan pedagang. Adakah semua kapal dagang kepunyaan Israel bawak barangan Israel? Diorang ni servis provider logistic. Bukan kapal ZIM satu tu je yang ada pemilikan Yahudi/Israel. Kapal2 dagang antarabangsa lain macam P&O Nedlloyd, Maersk Sealand, CMA CGM, Delmas, Hapag-Llyod, Italia Marritima, Portline, FESCO semua ni takde ke? 0% pemilikan Yahudi??
Malaysia tidak menghalang syarikat antarabangsa yang buat deal dengan Israel, sebab itu memang modus operandi syarikat antarabangsa. Syarikat2 swasta antarabangsa yang beroperasi di Malaysia macam McDonald, Coca Cola, Ford, BMW, Intel, Microsoft dll tak pernah ada deal dengan entity dari Israel ke? Dalam jaringan operasi mereka samada banking, supply raw material, logistic dll takkan takdak langsung entity dari Israel?
Kalau business import export, kita banyak deal dengan orang luar, so banyak duit datang dari luar. Kat situ Bank Negara menyibuk, diorang ada akta wang haram dan macam2 la, diorang monitor duit masuk kalau nama company luar, asal negara, jumlah, matawang dll. Bila bunyi lain macam je, puak2 Bank Negara ni cari la, jadi panjang cerita. Lepas tu buat delay paymentla, apalah. Bila dah delay tu, ketaq kepala lutut sebab semua orang akan cari. Barang dah hantaq, payment takdak, pening kepala. Kat Asia ni, Bank Negara kita paling ketat sekali pasal duit keluar masuk. So takdelaa orang Malaysia nak deal dengan negara2 yang takde hubungan diplomatic ni, leceh. Selalunya jual kat middleman dan broker ja, depa la yang akan jual balik kat sapa2 yang depa mahu. Orang business port ni payment tu kena on the spot, COD the best, mana boleh tunggu. Kalau Bank Negara buat hal tahan payment dari luar, mau tak owner kapal perhambat.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads