12 di teluk datok - Google Blog Search |
RAKYAT MARHAEN: PRU 13 : Guan Eng paling yakin <b>di</b> Kelantan <b>...</b> Posted: 04 Nov 2012 03:09 AM PST Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata peluang terbaik Pakatan Rakyat adalah di Kelantan, diikuti oleh Selangor, Pulau Pinang dan akhir sekali Kedah. Penilaian beliau berdasarkan kepercayaan bahawa retorik perkauman BN akan mempunyai impak yang kurang di Kelantan dan Selangor. "Pokoknya saya adalah satu-satunya ketua menteri keturunan Cina dan bukan Islam di Malaysia, jadi saya sasaran yang mudah. Ia adalah sangat jelas bukan?" Dalam ucapannya sebelum itu, Lim mendedahkan apa yang didakwa dari dokumen yang bocor mengenai persiapan BN bagi menghadapi pilihan raya. Beliau berkata kesediaan BN untuk menghadapi pilihan raya di kawasan bukan Melayu di Selangor adalah pada 53 peratus dan "sangat bersedia" di kawasan Melayu. "(Ia adalah) sangat tinggi. Adakah kita di peringkat itu atau tidak? Mari kita membuat penilaian ikhlas selepas ini, "katanya. Tambahnya, walaupun jika BN adalah lemah, tetapi DAP tidak akan menang jika ia tidak bersedia. Beliau memberitahu pemberita kemudiannya bahawa masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam semua negeri termasuk Selangor. "Saya akan berbohong jika saya katakan saya berpuas hati (dengan persediaannya)," katanya. Dalam ucapannya sebelum ucapan pembukaan Lim, pengerusi DAP Selangor Teresa Kok menyenaraikan pencapaian dan cabaran dihadapi parti itu di negeri tersebut. Ini termasuk mempertahankan kerusi marginal di Sekinchan dan Teluk Datuk, di mana ia menang dengan majoriti tipis masing-masing 190 undi dan 698 undi semasa pilihan raya umum 2008. Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa BN juga mempunyai kerusi marginal di mana DAP harus menumpukan usaha dalam harapan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang, atau membantu rakan parti dalam Pakatan berbuat demikian. Ini termasuk Kuala Kubu Baru dan Sungai Pelek di mana DAP tewas masing-masing dengan 449 undi dan 1572 undi, serta lapan kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi parlimen di mana parti-parti dalam Pakatan kalah tipis. "DAP adalah kuat di kawasan majoriti bukan Melayu. Di lapan kerusi BN tersebut, sekurang-kurangnya 15 peratus adalah pengundi bukan Melayu. "Jika kita boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 70 peratus sokongan mereka, kita boleh memenangi kesemua lapan kerusi ini," katanya ketika menggesa ahli-ahli untuk menyumbang idea bagi membantu menyokong kemenangan. Lapan termasuk Sungai Ayer Tawar, Sabak Bernam dan Sri Serdah, semuanya telah dimenangi dengan kurang daripada 700 undi. |
You are subscribed to email updates from di teluk datok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan