Khamis, 20 Disember 2012

12 di bukit lanjan - Google Blog Search

12 di bukit lanjan - Google Blog Search


SEKOLAH KEBANGSAAN <b>BUKIT LANJAN</b> (ASLI): PROGRAM <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2012 08:51 PM PDT

Program Perkampungan UPSR adalah program tahunan yang dilaksanakan di SK Bukit Lanjan. Objektif program ini adalah untuk memastikan kehadiran penuh calon UPSR pada hari-hari peperiksaan. Selain itu murid juga diberi tunjuk ajar dan kata-kata perangsang di saat-saat akhir sebelum peperiksaan di samping merasa sendiri 'demam' peperiksaan yang agar sukar mereka perolehi jika tinggal di rumah.


Pada tahun 2012 ini, Program Perkampungan UPSR diadakan mulai 7hb September sehinggalah 13hb September di mana kesemua murid Tahun 6 menginap di sekolah sehinggalah hari terakhir UPSR. Guru-guru bergotong-royong menyediakan juadah makan minum yang berkhasiat 6 kali sehari agar murid bersedia dan selesa menghadapi UPSR. Guru-guru juga bergilir tidur di seolah menjaga murid dan juga mengadakan kelas bimbingan mengikut matapelajaran. Tahniah dan sekalaung penghargaan kepada semua guru SKBL di atas kerja keras dan pengorbanan mereka menjayakan program ini. Semoga usaha-usaha murni ini diberkati olehNya.
ADMIN : Walaupun penat, namun hati puas melihat perpaduan, kerjasama dan usaha gigih warga SKBL. Terima kasih guru-guru!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads