12 di shah alam - Google Blog Search |
Kelab Malam Pertama <b>Di Shah Alam</b>, Voyage - Tahniah Kerajaan <b>...</b> Posted: 06 Dec 2012 05:53 PM PST CTS ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Haram Selangor terutama Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad, yang telah memecahkan tradisi mewujudkan Kelab Malam pertama di Shah Alam!!! Bertempat di Setia Alam atau lebih khusus di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Malaysia. Sekalung ucapan tahniah diucapkan. Shah Alam sebelum 2008, terkenal dengan bandar bercirikan keIslamannya. Jangan kata Kelab Malam, pusat snooker dan panggung wayang jangan harap dapat didirikan di bandar ini. Dengan kewujudan pemerintahan baru, Pakatan Haram telah berjaya mewujudkan bukan sahaja Kelab Malam, malah rumah-rumah tumpangan dan hotel-hotel murah yang dikhuatiri menempatkan aktiviti-aktiviti maksiat berleluasa seperti cendawan selepas hujan. "Grand Opening" atau pembukaan besar-besaran akan diadakan pada 12.12.2012, satu tarikh keramat bagi penduduk Shah Alam. Voyage Shah Alam di dalam laman sosial Facebook nya juga menjanjikan "Draught Beer" yang paling berpatutan dari segi harga! Adalah diharapkan Menteri Besar Selangor tidak melepaskan peluang untuk merasmikan hari bersejarah ini. Hidup PR! Hidup PR! Hidup PR! Inilah wajah model dan emcee cantik manis yang akan menjadi peneman anda sepanjang malam, Stephanie Tan. |
Forum Politik Matang <b>di Shah Alam</b> | Saifulislam.Com 2.0 Posted: 13 Oct 2012 03:38 AM PDT Forum Politik Matang di Kediaman MB Selangor tempoh hari, rupa-rupanya membariskan panelis yang semuanya graduan Jordan. Prof. Madya Dr Mohd Asri ZA paling senior, kemudian Dr Khairuddin at-Takiri, diikuti dengan saya sebagai junior. Dalam Forum Politik Matang berkenaan, saya ingin berkongsi sesuatu yang saya kira boleh menjadi nilai tambah untuk rakan panelis serta hadirin. Itu salah satu sebab mengapa saya banyakkan huraian berkaitan Sejarah dan Tamadun Islam, bersesuaian dengan keadaan diri saya yang semasa ini sedang menjadi murid Sejarah. Antaranya:
YB Khalid Samad kata saya 'mencari masalah' dengan menyenaraikan kedudukan istimewa melayu, hak istimewa melayu, ketuanan melayu dan diakhiri dengan Melayu Sepakat Islam Berdaulat Berikut adalah rakaman Forum Politik Matang di Dewan Megawati Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Pentas dan topik yang saya jarang berpeluang 'menikmatinya'. Jelas sekali saya tidak berbakat dalam politik, harus terus menulis dalam fokus yang lain, namun amanah ilmu dan tanggungjawab al-Bayan mesti diteruskan. Terima kasih penganjur kerana menggandingkan saya dengan masyaikh yang hebat. Banyak saya belajar dalam Forum Politik Matang ini. Semoga hadirin juga banyak mengambil manfaat daripada mereka. HASRIZAL Artikel Ini Telah Dibaca Oleh (3218) Pelawat |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan