12 di sungai burong - Google Blog Search |
Wanita Hidap Ketumbuhan Dapat Perhatian Pusat Khidmat DUN <b>...</b> Posted: 29 Nov 2012 10:52 PM PST 30 11 2012 Parit 4, 29 Nov : Penderitaan yang ditanggung oleh Rohaya Mohamed Ariffin, 41, yang menghidap penyakit ketumbuhan dibahagian perut, bahagian belakang bahu kanan dan bawa peha kanan sejak 37 tahun lalu mendapat perhatian daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong. Ibu kepada dua orang anak dan tinggal di Kampong Parit Empat, Ban Tiga Sekinchan, berkata penyakit tersebut dihidapinya sejak berusia empat tahun dan ia semakin membesar terutamanya selepas dia berkahwin lapan tahun lalu. Akibat daripada penyakitnya itu, beliau juga mengalami masalah untuk tidur pada waktu malam. Setiap malam beliau hanya tidur kira-kira tiga jam sebelum terjaga kerana bahagian ketumbuhannya itu akan merasa kebas. Berat badannya kini meningkat hamper 130kg dan berat ketumbuhannya itu sahaja dianggarkan sebanyak 60kg. "Saya pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh beberapa tahun lalu dan pihak hospital memaklumkan ketumbuhan itu boleh dibuang dengan kos RM50,000. Tetapi dengan pendapatan suaminya, Hassan Zakaria, 47, sebagai pengawal keselamatan sekolah di sini, tidak mampu untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga termasuk dua anak perempuannya iaitu Nurul Hasanah Sathiah dan Nurul Hasanah Faziha" Pegawai Hal Ehwal Wanita DUN Sungai Burong, Norsidah Samat, berkata, kami berusaha untuk membantu keluarga Rohaya bagi meringankan beban beliau sekeluarga. Kami sangat bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Rohaya, dan akan cuba membantu dengan segera. |
You are subscribed to email updates from di sungai burong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan