12 di kajang - Google Blog Search |
Pakej 'Pecah Dara' Pelacur RM5,000 <b>Di Kajang</b>! | MyNewsHub Posted: 04 Jan 2013 09:00 PM PST KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara. Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan 'pelacur dara' itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari. Sindiket itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun. Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar hasil penyamaran wartawan Harian Metro selepas mendapat maklumat orang awam. Seperti biasa, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk kegiatan pelacuran. Seorang bapa ayam yang dikenali sebagai Wong berkata, 'pakej pecah dara' itu ditawarkan pihaknya selepas kebanyakan pelanggan menyatakan bosan melanggan pelacur sama dan mahukan teman tidur di kalangan wanita muda. Menurutnya, selepas melunaskan bayaran RM5,000 pelanggan perlu menunggu tiga hari kerana pihaknya perlu berurusan dengan ejen bagi mendapatkan gadis terbabit selain menguruskan urusan perjalanan. "Tiga hari tak lama. Awak tunggu saja dan mesti puas hati kerana kami akan bagi perempuan yang dijamin cantik dan masih dara," katanya. Wong berkata, sebelum tempahan dibuat, ejennya di Vietnam akan mengirimkan gambar pelacur menerusi e-mel untuk ditunjukkan kepada pelanggan bagi membuat pilihan. "Ini lain daripada yang lain. Kalau awak mahu, cepat-cepat beritahu saya," katanya. Menurutnya, selain pakej itu, pelbagai pakej lain turut ditawarkan antaranya menyediakan khidmat seks termasuk urutan dengan caj RM238 membabitkan dua pelanggan berasingan. Katanya, selain pakej pecah dara pihaknya turut mnyediakan pelacur biasa daripada Vietnam, khidmat urut wanita tempatan, termasuk perkhidmatan mandi air panas dan hidangan makanan percuma. "Kami juga ada perempuan Russia yang boleh cakap Bahasa Melayu dan bayarannya juga tidak mahal, cuma RM250," katanya. Mengulas kegiatan sindiket pelacuran berkenaan, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya sudah menyerbu premis terbabit beberapa kali sejak tahun lalu. "Ternyata mereka masih degil dengan meneruskan operasi dan maklumat yang diberikan ini, kami (polis) akan melakukan serbuan di premis itu dalam masa terdekat. "Ini kerana kami tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan dan memastikan tindakan tegas diambil ke atas mereka," katanya ketika dihubungi, semalam.-HARIAN METRO BACA: LELAKI TERGEMUK DI DUNIA KINI SEMAKIN KURUS Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
Pilihan Anda: Spa tawar khidmat seks <b>di Kajang</b> kena serbu Posted: 05 Jan 2013 07:01 PM PST 11:01 AM | Posted by Desperado KAJANG - Kegiatan sebuah pusat kesihatan yang menawarkan perkhidmatan seks dalam spa terbongkar selepas serbuan polis di sebuah hotel di sini, kelmarin. Difahamkan, ketika serbuan kira-kira jam 9 malam itu, premis yang dilengkapi lebih 20 bilik kecil dipenuhi wanita sedang menunggu pelanggan. Seramai 31 pelacur termasuk warga asing dari Vietnam (11), China (2), Indonesia (2) dan Rusia (1) ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu. Serbuan yang dilakukan unit risikan dan operasi perancang dan pencegahan jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Inspektor Emmi Shah Fadhil turut menahan lima pelanggan, dua penjaga premis dan empat pekerja. Jurucakap polis berkata, semua warga asing yang ditahan didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini. Menurutnya, semua yang ditahan berusia 20 hingga 30 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kajang untuk siasatan. "Premis beroperasi 24 jam itu tawarkan pakej boleh mencecah sehingga RM218, tetapi setiap pelacur hanya diberi RM25 bagi perkhidmatan dan mengikut permintaan pelanggan," katanya. PERINGATAN: Pilihan Anda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Post Berkaitan : JENAYAH, TERKINI Posted by Desperado on 11:01 AM. Filed under JENAYAH, TERKINI . © 2008 - 2012 Desperado, Hakcipta Terpelihara. Semua tulisan, pendapat, komen dan foto yang ada di blog ini MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. PENULIS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini. |
You are subscribed to email updates from di kajang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan