12 di sungai pelek - Google Blog Search |
The Way I Look: SMK <b>SUNGAI PELEK</b> MEMORY Posted: 16 Dec 2012 10:40 AM PST Tahun lepas aku mempraktikom kan diri aku kat smk sungai pelek. 1st time dengar nama sekolah pun aku da pelik, tak pernah dengar dalam sejarah aku hidup..haha. Tapi nak ada member punya pasal aku pun pergi la jugak... Planning asal bertiga kat sekolah tu, bleh plak last minit member aku dua orang buat lawak tukar sekolah... tak pasal-pasal aku kena berseorangan kat sekolah tu. Smk Sungai Pelek ni banyak memberikan aku pengalaman yang berharga, yang manis2 je aku rasa baik di sekolah dan di luar sekolah. Kena plak ngajo Form 6, memang senang hidup aku... haha... cuma bila nak ajar budak2 yang da besar ni, kita kena la lebih advance dari diorang semua... Sokongan dari cikgu2 di situ jugak lah membuat aku berjaya mengharungi kehidupan selama 14 minggu di sekolah tu dengan seronok sehingga rasa macam nak g ngajo kat sekolah 2 lagi je...hehehe... Oh ye, lupa plak nak bagitau... Sekolah ni terletak kat Kg Sungai Pelek, Sepang Selangor... memang banyak memori kat sekolah ni, dari guru pembimbing yang bertukar hingga aku mengambil alih tugas guru pembimbing aku yang masuk hospital lebih 2 bulan. Kat luar sekolah plak jangan cerita la... baru seminggu kat duk kat sana je aku da dapat member2 yang best.. siap tiap2 malam kuar lepak... biasalah orang laki... lagi2 time ada bola, memang kuar je la keje aku... Boleh dikatakan aku lebih banyak melepak dengan orang kawasan situ berbanding member2 aku yang satu U... Walaupun aku tak tau kat mana aku akan dicampakan selepas ini aku tetap rasakan Smk Sg Pelek adalah satu memori manis yang aku takkan lupakan... Harap ada masa dan rezeki dapat aku ke sana berjumpa member2 lama. |
You are subscribed to email updates from di sungai pelek - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan