12 di puchong - Google Blog Search |
Sassy MP » Blog Archive » Polis Kelihatan Menyusahkan Penganjur <b>...</b> Posted: 16 Jan 2013 12:05 AM PST Kenyataan akhbar Teresa Kok, ADUN Kinrara dan Exco Kerajaan Negeri Selangor Pada 16 Januari 2013 di Shah Alam Saya merasa hairan cara polis menangani permohonan ceramah politik yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Kinrara pada 17 Januari 2013 malam di Jalan Helang 13, Bandar Puchong Jaya. Pada asalnya ceramah politik tersebut diadakan pada 8 Januari 2013 di tempat yang sama, tetapi polis menolak permohonan kami dengan alasan tempoh pemberitahuan oleh pihak kami kepada polis hanya 8 hari manakala pihak penganjur sepatutnya memberitahu kepada polis 10 hari sebelum program diadakan sebagaimana termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman. Selepas penganjur menunda tarikh ceramah ke 17 Januari 2013 dan memberitahu polis notis sebanyak 10 hari, pihak polis pula mencetak 1,500 naskah notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah tersebut yang menggalakkan orang ramai membantah. Dua hari yang lepas, Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Bin Elias mengeluarkan "syarat-syarat kepada penganjur" ceramah politik tersebut dengan menyenaraikan 25 syarat. Di antaranya, beberapa syarat yang terkandung dalam surat tersebut adalah amat tidak munasabah, iaitu: (r) Unit Amal PAS tidak dibenarkan sama sekali mengawal kenderaan lalu-lintas kerana ini akan dan boleh membangkitkan perasaan provaksi kepada masyarakat awam yang tidak terlibat dengan perhimpunan tersebut; (s) Penganjur telah menytakan jangkaan kehadiran peserta seramai 500 orang di dalam borang di bawah jadual keempat (seksyen 10) Pemberitahun Di Bawah Subseksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), sekiranya kehadiran peserta melebihi dari jangkaan dan berada di luar kawasan yang dibenarkan, Ketua Polis Daerah mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan di bawah Seksyen 21(1)(a) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736). (v) Penganjur hendaklah memastikan peserta atau hadirin tidak meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa menghadiri ceramah ini untuk mengelak tingkah laku yang agresif di bawah pengaruh alkohol dan dadah. Syarat-syarat yang dikenakan oleh Balai Polis Serdang itu telah mendatangkan banyak ketidaksenangan pada pihak penganjur, kerana: i) Bagi syarat ( r ), Ceramah politik diadakan di tempat ruang di tepi jalan dan di hadapan restoran, sekiranya anggota Unit Amal PAS tidak dibenarkan untuk mengarah trafik, ia kemungkinan akan menyebabkan kesesakan lalu-lintas di tempat berkenaan; ii) Bagi syarat (s), kami tidak dapat memastikan bilangan peserta yang datang menghadiri ceramah kurang daripada 500 orang. Bagi polis untuk menyuraikan peserta sekiranya kehadiran melebihi dari jangkaan adalah tidak munasabah. iii) Bagi syarat (v), tapak ceramah diadakan di hadapan restoran yang mana pelanggannya juga makan dan minum di tapak di luar restoran. Kami memang tidak boleh menghalang pelanggan restoran untuk minum di tapak di luar restoran. Jadi syarat yang dikenakan adalah sukar dipatuhi. Saya dan pembantu saya mendapati bahawa polis kelihatan mengenakan syarat yang lebih ketat terhadap pihak penganjur ceramah berbanding dengan sebelum adanya Akta Perhimpunan Aman. Sebelum adanya Akta Perhimpunan Aman, polis selalu meluluskan permohonan program kami malah dengan notis beberapa hari sahaja, tetapi sekarang pihak polis menolak permohonan kami dengan alasan kami beritahu polis kurang daripada notis 10 hari. Selain itu, sebelum adanya akta ini, polis tidak begitu serius untuk mengajak bantahan daripada penduduk persekitaran tapak ceramah, tetapi dalam ceramah ini, polis mengedarkan 1,500 notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah, ini seolah-olahnya mengajak bantahan daripada orang ramai terhadap program kami. Objektif Akta Perhimpunan Aman adalah untuk memudahkan pihak penganjur untuk mengadakan program ataupun perhimpunan, dan bukan digunakan oleh pihak polis untuk menghalang perhimpunan dan program kami. Saya ingin tanya samada polis akan mengenakan syarat yang sama terhadap ceramah politik ataupun apa-apa bentuk aktiviti kami dalam kempen pilihan raya yang akan datang. Sekiranya ini berlaku dalam kempen pilihan raya, maka Akta Perhimpunan Aman akan dijadikan sebagai undang-undang yang boleh disalahgunakan oleh pihak polis untuk menghalang apa-apa bentuk program dan bukannya memudahkan program dan ceramah politik kami. Saya akan tulis surat kepada Ketua Polis Selangor untuk menyampaikan ketidakpuasan saya terhadap perkara ini. Teresa Kok Sila rujuk: |
You are subscribed to email updates from di puchong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan