Sabtu, 19 Januari 2013

12 di semenyih - Google Blog Search

12 di semenyih - Google Blog Search


King Of Goblok: Himpunan Kebangkitan Rosmah <b>di Semenyih</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 11:12 PM PST



Pasca #KL 112: Himpunan Kebangkitan Rakyat lwn Himpunan Merebut Beras
500 atau 700 ribu orang yang hadhir di KL112, bukan lagi isu besar. Yang penting ialah rakyat pelbagai bangsa disatukan oleh azam menumbangkan UMNO/BN yang korap dan menzalimi rakyat. UMNO dan Najib tidak ada jawapan kepada kebangkitan rakyat. Yang boleh mereka lakukan ialah bermain2 dengan angka jumlah himpunan.

Ratusan Ribu berhimpun di Stadium Merdeka untuk membaskan diri dari kerajaan yang korap, dan rasuah. Pada masa yang sama, Najib menghimpunkan kaum India di Semenyih merasuah mereka dengan sekampit beras dan ole2. Najib pun bangga melihat kekuatan mereka yang menghulurkan tangan dan berebut rebutan.


Himpunan Kebangkitan Rakyat! 
Hanya 20 ribu orang sahaja!

Orang Cina bergaul dengan orang Melayu dan mendapati orang Melayu juga manusia seperti mereka- ada perasaan takut dan ada harapan menggunung inginkan kerajaan yang baik. Orang Melayu bergaul dengan Cina dan India dan dapati mereka juga manusia biasa. Ada rasa takut dan ada harapan. Mereka saling faham memahami. Setiap yang hadir memberi kekuatan kepada satu sama lain. Kekuatan inilah yang akan menumbangkan kerajaan yang
angkuh.


Tidak ada masaalah seperti yang selama ini digambarkan oleh UMNO. Kenapa pemimpin UMNO berniaga dengan orang Cina tapi orang Melayu kebanyakan diajar untuk benci dan kelahi dengan orang Cina? Tiu Nia Seng!


20 ribu orang berarak ke stadium Merdeka!


Ratusan Ribu manusia 
menghulur tangan mahukan beras!



Orang India dan Cina hairan mengapa UMNO hilang akal. Jika PR memerintah, yang jadi PM tetap orang Melayu. Tatap ba!. Bukan Guan Eng atau Kit Siang. Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi. Ugama Islam tetap agama rasmi dan tetap dianuti oleh orang Melayu. Kesemua kepentingan Melayu ini tidak diancam pun. India dan Cina tidak mahu mengubah ini semua.Mereka tidak boleh ubah pun.

Raja2 Melayu tetap Raja Melayu bukan Raja Cina atau India. Mereka tetap muslim yang baik, menjaga kesucian agama Islam dengan menjadikan diri mereka ummatan wasatho- umat pertengahan yang jadi contoh teladan. Mereka manusia teladan yang tidak berzina dan tidak minum arak.

Yang diubah ialah UMNO disingkirkan digantikan dengan orang Melayu lain. Kalau UMNO lawan PAS, UMNO kalah, orang Melayu jugak yang menang. Kalau PAS menang, UMNO kalah, orang Melayu jugak yang menang. Kalau saya menang PRU13, saya kalahkan seorang Cina MCA. Yang menang ialah Melayu. Melayu saya tidak kurang dari Melayu orang UMNO.

Jadi apa masaalah? Yang berdepan dengan masaalah ialah pemimpin Melayu dari UMNO yang rasuah dan korap yang sudah menyamun harta benda rakyat. Mereka yang takut dan cemas. Yang rasa takut ialah Shahrizat Jalil, Raja Ropiaah, Zahid Hamidi, Syed Mokhtar Bukhari, ketua2 bahagian UMNO yang rasuah dan sapu tanah rakyat. Yang takut ialah Najib bila kita kemukakan Deepak Jaikishan dan suruh menyanyi macam burung kenari. Yang takut ialah tauke2 Cina yang bersekongkol dengan pemimpin UMNO untuk samun negara ini. Tauke India juga.

Apa yang perlu nya majoriti orang Melayu ratapkan apabila segelintir kaki busuk bangsa Melayu ini ditumpaskan? Rakyat Melayu yang menang!

Najib kata dia gembira melihat ramai manusia datang bertemu dengan nya di Tesco Semenyih. Memang itu perasaan orang feudal yang melhat hamba abdi berpusu pusu dan bersyusyun syusyun menadah tangan mendapatkan ole2 yang dibawa nya.

Ribuan kaum India dikerah oleh IPF untuk bertemu dengan Najib. Mereka diangkut dengan bas dan dijanjikan akan mendapat ole2 dari Najib. Najib bilang, terus sokong dia, maka banyak masaalah kaum India akan selesai. Kamu ada 55 tahun tak dapat selesai maka sekarang dalam masa 5 tahun, pasti beres?
Saya setuju. Kaum India mesti terus beri Najib nambikei mereka dan apa apa lagi yang mahu diberi. Berikan Najib tairu, apom dan tosei. Najib akan terus memperlakukan kaum India terutama yang susah sebagai peminta sedekah. Keadaan jadi kelam kabut apaila orang ramai berpusu pusu mendapatkan kampit hamper yang disediakan sebagai penarik kehadiran kaum India. Penyibar nombor wahid propaganda dan pembohongan UMNO merasakan lebih wajar menyiarkan himpunan merebut beras daripada himpunan kebangkitan rakyat. Bersedialah kamu mencari perkerjaan baru. Mengikut kiraan Rais Yatim, lebih 50,000 datang. Tesco hampir habis semua barangan mereka. Bil akan dihantar ke JPM untuk mendapat bayaran.
Inlah yang boleh UMNO tawarkan. Jangan tanya apa UMNO boleh buat, tanya apa kamu boleh buat pada UMNO. Maklum sahaja, UMNO itu penaung dan kita yang dinaungi. UMNO penjaga keselamatan dan kebajikan. Orang Melayu yang beragama Islam sia2 mengistiharkan solat dan ibadat mereka, hidup mereka dan mati mereka kerana Allah- sebab sebaik sahaja keluar pintu, pemberi rezeki ialah UMNO.

Tanya apa yang kamu boleh buat kuntuk UMNO kerana UMNO itu tuan dan UMNO itu penaung kepada kamu.

55 tahun diperlakukan sebagai hamba abdi, ini kalilah kita bangkit mengistiharkan merdeka dan penjajahan UMNO. Kaum India! Bersatulah dan singkirkan UMNO yang memperhambakan kamu! Nilai kamu bukan sekampit beras! ~ RM
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads