Sabtu, 26 Januari 2013

12 di shah alam - Google Blog Search

12 di shah alam - Google Blog Search


Berita Harian | Rekod bersih Pahang lebur <b>di Shah Alam</b>

Posted: 18 Oct 2012 12:00 AM PDT

Shah Alam: Selangor muncul pasukan pertama meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu Liga Super, Pahang dengan kemenangan 3-2 menerusi dua jaringan Amri Yahyah dan gol kemenangan Ramzul Zahini Adenan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Tanpa S Kunanlan yang cedera ketika latihan, Khamis lalu, jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim meletakkan Raimi Md Nor di sayap kiri dan Bunyamin Umar di pertahanan kiri.

Dollah Salleh pula mempertaruhkan 100 peratus tenaga tempatan dengan meletakkan dua pemain importnya, Nikolche Klechkaroski dan Mohamed Borji di bangku simpanan.
Selangor mendahului seawal minit kedua selepas Amri menyudahkan hantaran baik Solihin Kanasian dari sebelah kanan sebelum penyerang berusia 32 tahun itu menolak masuk pula hantaran Raimi dari sebelah kiri pada minit ke-19 untuk menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Nasril Md Nourdin buat kali kedua.

Namun kecederaan Bunyamin memaksa Irfan memasukkan Fairuz Abd Aziz pada minit ke-21 dan hanya dua minit berselang Pahang memperoleh gol pertama apabila Fauzi Roslan menanduk cantik hantaran Faizol Hussin.

Pahang kemudian berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-43 selepas Fairuz menjatuhkan R Surendran dan sepakan penalti diambil Razman Roslan mudah menewaskan penjaga gol Selangor, Sharbinee Allawee Ramli.

Bersambung babak kedua, Selangor sepatutnya diberikan sepakan penalti pada minit ke-47 selepas Francis Forkey Doe jelas dijatuhkan, sebaliknya pengadil dari Sabah, Sani Tari melayangkan kad kuning kepada penyerang import Selangor itu.
Ramzul yang masuk menggantikan Raimi pada minit ke-76 akhirnya muncul wira apabila menanduk masuk gol kemenangan Selangor, tiga minit kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads