Ahad, 10 Februari 2013

12 di bandar sunway - Google Blog Search

12 di bandar sunway - Google Blog Search


Maxis Perkenal 2 Telefon Pintar 4G LTE Pertama <b>Di</b> Malaysia | My <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 02:47 AM PST

Syarikat telekomunikasi Maxis telah melancarkan 2 telefon pintar 4G LTE pada hari ini, 8 Februari 2013 iaitu Nokia Lumia 920 dan HTC One XL. Kedua-dua peranti ini akan menjadi telefon pintar pertama yang akan diaktifkan pada rangkaian Maxis 4G LTE .

Sebelum ini, Maxis telah melancarkan perkhidmatan 4G LTE pada tengah malam 1 Januari 2013, menjadikannya syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia melancarkan perkhidmatan 4G LTE tempatan. Perkhidmatan Maxis 4G LTE kini boleh didapati di kawasan-kawasan terpilih di Lembah Klang termasuk Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan Cyberjaya.

Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis menyatakan bahawa, "Kami amat teruja dapat menawarkan pelanggan kami peluang untuk menjadi pemilik peranti pertama dalam siri telefon pintar 4G tercanggih yang diperkenalkan di pasaran pada hujung minggu ini"

htc one xl

HTC One XL

Maxis menawarkan pakej pembelian kepada pelanggan yang berminat dengan harga serendah RM 1,099 bagi Nokia Lumia 920 dan serendah RM 1,199 bagi HTC One XL. Terdapat 2 pelan yang ditawarkan sama ada SurfMore 75 atau TalkMore 78 dengan kuota data Internet sebanyak 3Gb. Walau bagaimanapun, buat masa ini, kami belum menerima sebarang jadual bagi kedua-dua peranti tersebut.

 Mark Dioguardi, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis berkata, "Dengan 4G LTE Maxis, pelanggan akan mengalami pengalaman internet yang kaya dengan kelajuan muat turun yang lebih besar, aliran video HD licin, permainan tanpa lag serta kepuasan dalam talian yang lebih baik. Kami sudah mendapat maklum balas yang sangat positif dari percubaan mesra pengguna kami dengan kebanyakan daripada pelanggan mengulas bahawa 'tiada gangguan (buffering) atau lag dalam pengalaman video dan jalur lebar berkelajuan tinggi yang sangat dipercayai'. "

Pelanggan yang menggunakan Nokia Lumia 920 dan HTC One XL dalam kawasan liputan 4G LTE akan menikmati kelajuan sehingga 75Mbps, dengan kelajuan biasa 10 hingga 30Mbps, lima hingga sepuluh kali lebih pantas daripada 3G. Di luar kawasan liputan 4G LTE, telefon Nokia Lumia 920 dan HTC One XL akan beralih dengan lancar ke rangkaian mudah alih 3G Maxis.

Nokia Lumia 920

Nokia Lumia 920 dikenali sebagai Nokia Lumia yang paling inovatif, dan menawarkan ciri-ciri seperti kanta Carl Zeiss, teknologi PureView dengan Penstabilan Imej Optikal dan paparan PureMotion HD+ 4.5".  Manakala HTC One XL adalah telefon pintar yang pertama dalam siri HTC One untuk menampilkan sambungan 4G LTE yang sangat pantas. Ia mempunyai badan polikarbonat elegan dengan ketebalan kurang dari 9 milimeter, paparan HD 4.7-inci, penuh dengan Beats Audio™ tulen  dan kamera yang hebat dengan cahaya rendah yang unggul.

Untuk mendapatkannya, pembaca boleh berkunjung ke Pusat Maxis KLCC atau Taman Tun Dr Ismail bermula pada hujung minggu ini. Buat masa ini, laman web Maxis belum lagi memaparkan jadual pakej pembelian dan pelan tersebut. Ia mungkin akan dipaparkan dalam tempoh terdekat. Apapun, tahniah diucapkan kepada Maxis kerana menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan rangkaian 4G LTE pertama di Malaysia bagi telefon pintar. Apa kata pembaca pula?

Sumber : Siaran Akhbar Maxis via emel

Artikel ini menarik ?
Jika anda merasakan artikel ini menarik, sila berikan sedikit komen dibawah ini. Untuk mendapat update terkini, sila LIKE kami di facebook dengan klik di
pautan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads