Ahad, 10 Februari 2013

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


UMNO Online - Cepat Atau Lambat Bubar DUN, UMNO <b>Hulu</b> <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2013 04:10 AM PST

Kategori Dari Bahagian

Cepat Atau Lambat Bubar DUN, UMNO Hulu Selangor Sentiasa Siap Siaga

Oleh: Azlina Rosdy

BATANG KALI, 8 Feb  – UMNO Hulu Selangor sentiasa bersedia untuk terus mempertahankan kesemua Dewan Undangan Negeri termasuk Parlimen tanpa menghiraukan sama ada kerajaan Selangor mahu membubarkan DUN negeri lebih awal dari kerajaan pusat.

Menurut  Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Isa Abu Kasim, sejak 2008 lagi gerak kerja tersusun telah diatur bagi menunjukkan komitmen tinggi UMNO dan BN dalam membela nasib rakyat.

Tambah beliau program berterusan dilakukan sebaik mungkin kerana UMNO dan BN bukan membela nasib rakyat mengikut musim dan kerana program berterusan ini jugalah UMNO amat yakin untuk terus diberi mandat oleh rakyat terutama pengundi di Hulu Selangor.

Jelasnya lagi, sekiranya Menteri Besar Selangor tetap dengan keputusannya untuk membubarkan DUN awal daripada pembubaran Parlimen, BN di Selangor tidak gentar kerana telah bersedia sejak awal lagi untuk menghadapi pilihan raya.

"Kita di sini sudah bersedia sekiranya Menteri Besar tetap dengan keputusannya itu. Sebenarnya bagi saya, Kerajaan Negeri takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga mengambil keputusan untuk membubarkan DUN Selangor awal.

"Mereka ingin menutup isu rakyat yang semakin memberontak. Walaupun sebelum ini Menteri Besar Selangor pernah mengeluarkan kenyataan hanya akan membubarkan DUN selepas Mac 2013 namun dek kerana takut mereka mengambil keputusan bubar awal.

"Kita tak ada masalah. Awal ke cepat ke kita memang sudah bersedia untuk membantu BN kembali berkuasa di Selangor. Apa yang pasti kita memang hanya menunggu masa dan ketika untuk melaksanakan tanggungjawab kepada parti," jelas Mohd Isa yang juga merupakan ADUN Batang Kali. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 8 February 2013 8:10 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads