Isnin, 25 Februari 2013

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Ana Ikan Bakar <b>Di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b> ~ KucenMaster

Posted: 31 Jan 2013 08:33 AM PST

Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bandar Baru Bangi menjadi tempat family gathering untuk sesi Januari 2013.Sebenarnya hampir setiap bulan kitorang akan berkumpul beramai ramai makan di luar.Inilah salah satu cara merapatkan hubungan sesama keluarga yang kitorang praktikkan.Bukan senang nak cari peluang berkumpul macam ni kan.

Bulan lepas Restoran Q Thai menjadi pilihan.Kali ni kami menyerang Restoran Ana Ikan Bakar Petai.Terletak di Bandar Baru Bangi.Lokasi restoran ini mudah dicari.Sekejap je kitorang jumpa walaupun tak pernah bertandang ke sini selama ini.

Sampai je kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai, tercengang sekejap tengok keadaan di restoran ni.Penuh giler.Nasib baik jumpa tempat parking yang kosong.

Masuk ke dalam restoran, semua meja dah ada pelanggan.Dan hampir setiap meja dah ada penunggu untuk mengambil alih meja.Punyalah ramai orang.Time tu dah mula rasa menyesal memilih restoran ni.Tapi alang alang dah sampai, tunggu jelah.Takkan nak tukar tempat last minute.
Akhirnya setelah penat menunggu, kami berjaya mendapatkan meja yang mampu memuatkan kami 10 orang.Cepat je pekerja Restoran Ana Ikan Bakar Petai mengemaskan meja tu untuk kami.Servis yang bagus walaupun dalam keadaan restoran yang sangat sibuk.Namun nak tunggu makanan sampai boleh tahan penat jugaklah.Maklumlah, terlalu ramai pelanggan.
Makanan mula sampai satu persatu.Setelah 10 minit nasi sampai, lauk pertama muncul.Tomyam seafood yang sekadar bolehlah.Tak boleh lawan kesedapan tomyam di kedai tomyam biasa.Tapi oklah.At least ada kuah.Tak adalah makan nasi kering je.
Lauk seterusnya ialah sotong goreng tepung.Pada aku, sotong goreng ni patut di puji.Memang sedap.
Butter prawn yang sampai tak lama lepas sotong goreng tepung juga sangat sedap.Tahniah untuk tukang masak Restoran Ana Ikan Bakar Petai.Memang terbaiklah.
Ikan bakar bersama petai yang menjadi signature dish Restoran Ana Ikan Bakar Petai sampai selepas itu.Untuk resepi ni, kami memilih ikan pari.Memang patut nama resepi ni diangkat menjadi nama bagi restoran ni.Secara jujur, aku tak pernah rasa ikan bakar sesedap ini.
Ikan siakap tiga rasa pula hanya sampai setelah nasi dah habis.Aku pun dah kenyang.Cuma ambil sedikit saja untuk merasa.Rasanya kurang sedap.Mungkin sebab dah kenyang kot.Hehhehe.

Ikutkan plan asal, lepas makan kami akan berborak dulu seperti biasa.Tapi mengenangkan ramai lagi pelanggan sedang menunggu untuk duduk makan, kitorang pun angkat kaki untuk memberi peluang pelanggan lain menjamu selera pula.

Bagi aku, Restoran Ana Ikan Bakar Petai memang istimewa.Memang sedap kecuali tomyam dan siakap 3 rasanya.Hehehe.Tapi tak sanggup rasanya datang sini lagi.Tak sanggup jadi penunggu meja.Dah macam waiter tunggu belakang meja pelanggan je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads