Jumaat, 1 Februari 2013

12 di batu caves - Google Blog Search

12 di batu caves - Google Blog Search


Nabeel Fikree: Sepetang <b>di Batu Caves</b>

Posted: 28 Nov 2012 08:30 AM PST

Fuhhh lama gila kan tak update blog. Rindu pulak nak menulis hasil karya tak berbayar ni. Kalau nak tahu, 24 Nov haritu aku dan keluarga telahpun terbang ke semenanjung untuk bercuti. Maklumlah cuti sekolah kan? Aku bila bab2 bercuti ni memang nombor satu.

So harini genap 5 hari kitorang dah berada di bumi semenanjung ni. Sebenarnya hajat kitorang bukan sesaja nak bercuti, hajat kedua ialah nak balik kampung. Yeah!! Memang best. Siapa tak suka bila balik kampung kan? Lebih2 lagi yang memerlukan perkhidmatan kapal terbang.

Semenjak sampai haritu, tempat2 percutian yang dah aku kunjungi cuma Genting Highlands dan Melaka. Yang lain belum lagi kot. Cuma menghabiskan masa untuk berjalan2 di sekitar Kuala Lumpur aje. Tak sah kalau tak membeli belah bila dah datang KL ni.

So petang tadi aku merayu lah konon2 nya kan nak pergi Batu Caves ni. Sebab aku memang dari dulu dah nak mengidam untuk pergi ke Batu Caves ni. Entahlah kenapa, hajat aku cuma nak ambil gambar aje. Pujuk punya pujuk, akhirnya ayah aku nak jugak ke Batu Caves ni. Itupun petang. Dalam pukul 6:30pm tadi.

Tapi takpe, asalkan pergi. So adalah beberapa gambar yang aku ambik untuk korang sama2 saksikan. Aku jadikan sepupu aku sebagai model. Hahaha..

Gambar yang ni aku suka tengok. Bila aku upload kat fb pun ramai kawan2 yang puji. Bangga lah aku kan sebab hasil kerja kena puji. Hahahaha.
Gambar yang ni sebenarnya takde kaitan. Yang ni gambar masa dekat air terjun Ulu Yam. Gambar ni natural di ambil menggunakan Canon 600D dengan lens 50mm ke tak salah aku. Malas nak p check lah.
Sebelum turun ke tempat air terjun. Aku memang turun2 je dari kereta, terus bukak kamera dan snap itu ini. Memang habit! Suka gila ambik gambar orang. Best!
Gambar ni di ambik masa kitorang dalam perjalanan balik ke kampung. Singgah dulu kejap untuk beli durian. Muka model pun dah letih gila. RM10 satu beg plastik besar dik!! Murah gila. Rugi siapa tak beli. Sedap pulak tu.
Okay gambar ni langsung takde kaitan dengan Batu Caves tadi. Sesaja nak letak gambar ni tanpa motif. Yang ni sebenarnya tengah bosan menunggu seseorang kat Terminal Bersepadu Selatan dari Melaka. Tambang bas pun murah cuma RM10. Amboi kemain dari tadi asyik RM10 aje. Hahaha.. Ok lah, mata pun dah ngantuk, tidur dulu lah ye. Gudbai

Foto: 272 Anak Tangga <b>di Batu Caves</b> | JiwaKL - Info dan Aktiviti <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2013 04:34 PM PST

batu_caves

Hari ini, penganut agama hindu di seluruh dunia menyambut Hari Thaipusam. Di Malaysia, perayaan ini disambut di beberapa tempat, termasuk di Batu Caves.

Untuk membayar nazar dan menebus dosa, ramai yang akan membawa kavadi dan menaiki 272 anak tangga ke kuil Kuil Sri Subramaniyar di Batu Caves.

Foto oleh: McKay Savage
Kamera: Canon PowerShot S5 IS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads