Jumaat, 1 Februari 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


Naluri Ibu Corner: Pengedar Sah Shaklee <b>di</b> Sentul, <b>Selayang</b>, Mont <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2013 10:14 PM PST


Wow lamakan i x menulis kat sini.. ehehehe macam chipsmore jap ade jap hilang..!! ok hari ni kan nak share pengalaman kakak comel nie bersama SHAKLEE.. memula jadi katak kembang dan tu nyaris nyaris-nyaris jadi anak badak. Seram ok amik SHAKLEE jadi anak badak.. ni bukan saya kata... tapi dia yang kata.. Huhuhuhu tapi dia tetap fall in love dengan SHAKLEE.. nak tahu lebih lanjut..?? 
_____________________________________________________jom kita baca cerita Kak Ishah yang saya "curi: dari blognya :)
saya selalu merungut sorang sorang bila pandang cermin... mmm, badan lepas beranak sangat mengerikan...! baru satu hero..dah macam anak 3 4 5... serius sedih tengok kain baju yang mostly size M/L... huarrgghhhhh, memang menangis gila babas la!! sampai bila saya nak sarung baju yang extra loose and extra large??!! I am still young wooo.. Pegi kerja berbaju kurunng sokmo.. memangla beraju kurung tu manis, sopan elok.. tapi tau tak kalau dah sendat kat lengan... kain tak bole zip penuh apatah lagi cangkuk.. mana nak fokus kerja! 

salah saya jugak.. saya berpantang sendiri tapi tak elok2.. kurang dibela kata orang jawa.. masa pregnant berat saya almost 90kg...88 to be exact! Masa pregnant tak risau pasal berat sebab konfiden kan bole dapat balik my 58kg... oh ya, tinggi saya 161. [ideal ke?]

dh pregnan and bersalin...dapat boy! kuat menyusu..aduhaiii...memang baby boy kuat sungguh menyusu kan?? bagi susu badan... seronok menyusukan anak ni..feel great! Masa berpantang 2 bulan saya turun 12kg! Best kan...? memang best..sangat best!! and dah imaging back to dolu2 punya figure hahaha...

tapi hujan lebat giler di tengah hari! masuk je keja lps 3 bulan berulik dgn baby, the problem started! breakfast, lunch, dinner mcam 2 orang yang makan! alasan saya to my husband "i'm breastfeed..so kena makan banyak!" ~ what a reason!! memang susu meriah beb...meriah giler...makan supplement shaklee, VITAMIN C + B COMPLEX + VITALEA + ALFALFA....giler tak dan nak rileks bengkak saje....biasa sangat kat opis, baju basah..hahaha....stok ebm meriah...bab susu badan memang best!

Saya bukan saja makan nasi..makan macam2...... :(
Lama kelamaan...leher jadi kembang..macam katak kembang... malu..! mujur bertudung, jadi bole cover dengan tudung...badan yang semakin besar, dicover dengan baju bajan yang besar besar..seluar? i pakai maternity pants , pakai seluar palazo yang kembang tu..yg mudah stretch.. no more skirt labuh! no more proper office attire.... memang sedih.. tapi saya lalalalala... buat tak kisah! yela..since asben pun OK je...
Tpi eventually, bila mula cepat mengah..cepat pening...kaki sakit.. mula terfikir mcm mana nak buat ni??? Eh chopp..lupa nak cakap, saya bersalin Ogos 2011...masuk keje middle October 2011... and sya mula diet yang mana skip makan starting Feb 2012! Guess what....berat saya tak turun langsung...malah, makin naik sikit2.... Mana taknya., memangla skip makan bekpes, lunch...tp bila tengok kawan makan, rasa sikit..makan junk food, minum air sedap lagi...arggghhhh, gile!!! memang gile!!! Kawan2 opis started calling me makcik2...beranak 6.... Even they all gurau [x gurau pun ada], saya senyum..gelak2 sekali dgn diorang...tapi dalam hati GUNUNG BERAPI weii.... Segan tau! I use to dress up punya person..make up...tapi bila badan besar, berat over...rasa malu pulak nak berias...mmmmmm...mak sedih nyah!
Sampai la October 2012....... sya mula stress fikir pasal berat ni... Masa October ni saya plan nak resign ye. Kebetulan asben masuk sepital sebab tonsil..tak bole makan sebab bengkak. So, sya beli ESP untuk dia. 4 hari minum ESP, gastriko dia alhamdulillah...hilang! Selera makan semula... And saya, ambik ESP tu minum mcm yang ada dalam resepi bancuh ESP....sedap! nyumm nyumm...rajin minum pagi2..sebab memang terasa kita kenyang...tenaga.. Saya ni buat kuih, so keje sampai ke tengah malam..bangkit subuh nak siap2 barang jualan... Alhamdulillah, ESP sangat membantu...puas hati sangat dengn ESP!
Selalu sangat baca nak kurus makan itu ini [produk shaklee la]...baca testimoni orang turun 2 kilo..turun 7 kilo... aiseh, x bole jadi ni... so, sometime ujung2 november 2012, kawan saya nak lecithin... [eh, lupa...saya join Shaklee ujung October 2012 heee] Saya beli sekali untuk diri sendiri. Beli tak makan lagi tau! Simpan buat hiasan kata asben! One day, saya mula makan...3 biji lps lunch, 3 biji lps dinner...alfalfa 5 biji sekali makan... ESP pagi2 sblm bekpes...seminggu makan, nafsu makan ya Allah.....apasal makin makan banyak ni?? gile tak risau... OH, KURANG AIR RUPANYA....saya bertanya tau..kalau tak tanya, mau jadi anak badak saya ni!! So, nak jadikan cerita...konsisten 3 minggu makan LECITHIN+ ALFALFA+ ESP..... 17.12.12, me and my son pegi jalan2 tesco...saje bawak anak pusing2... nampak timbang berat tu... dap dup dap dup, masuk 0.20 senx2 and saya berdiri dengan tegak...tunggu digital tu stop... 74.3333... Eh, biar betul... saya cuba timbang mesin sebelah...lebih kurang la berat... saya pegi kat mesin lain, sama jugak.. Ya Allah.. dari berat 84kg saya hilang 6kg....tanpa perlu berlapar..senaman yang ringan je..layan anak, kejar anak..buat keje umah...ya allah...best best.......
Nak bagi sedap hati, balik rumah saya selongkar plastik hitam yang saya simpan pakaian kecik nak let go kononnya.... Yeaahahhhhaaaa.... i can sarung and zip seluar size L..baju takde sendat dilengan ... Ya Allah..saya sangat suka!! 
Sejak tu, saya teruskan makan...and latest 9.1.13, dah jadi 75kg..... Betul la, SHAKLEE memang DIYAKINI BERKESAN..selesaaaaa lalalala...
Now, saya sambung makan...sbb banyak khasiat lain vitamin ni....bukan untuk berat je..utk kesihatan dalaman jugak... tunggu muka dah bersih pulak sya horay horay share dengan u all heeee... makan vitamin E dulu..
so, pada u all yang nak cari supplement, memang saya syorkan sangat SHAKLEE..kualiti terjamin...harga berpatutan...
____________________________________________
Haa tu dia, nasib amik langkah bijak kan.. kalau tak, tak pasal je jadi Anak badak.. sebab tu suka saya ingatkan amik suplement ni dengan ilmu bukan main taram je :) Saya tak kan paksa uols untuk membeli tapi saya hanya share kan kisah mereka yang di tulis dari hati.. So pilihan di tangan uols :) 
Nway anda juga boleh menghubungi Kak Ishah beliau pengedar sah Shaklee di Kepong, Jalan Ipoh, Selayang, Jinjang Segambut dan kawasan yang sewaktu dengannya, boleh hubungi beliau di talian 017-2505401. Boleh tanya beliau sendiri tentang pengalaman beliau bersama Shaklee juga jika mahu mendapatkan produk Shaklee.
Akhir kata, sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee, dan mula menjana pendapatan sehingga 5-angka dengan Shaklee bersama GROUP EXCLUSIVE tertutup di bawah bimbingan saya, anda dialu-alukan untuk menghubungi saya di talian 012-7894742 @ email naluriibue@gmail.com. ;)
Salam Sayang;
Mommy Zura

Penilaian Selepas 4 Tahun; <b>Selayang</b> komentar <b>di</b> laman KJ!

Posted: 13 Jan 2013 09:11 AM PST

Mana cemburu dan sensitif mu terhadap Islam seperti dulu wahai diri?

Bersihkan diri, baiki diri dan ajaklah juga orang lain bersama-sama.

Rujukan tulisan lama tentang komentar di sini.

Selangor batalkan projek kondo <b>Batu Caves</b> | Free MalaysiaKini

Posted: 24 Jan 2013 05:56 AM PST

KUALA LUMPUR — Kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan projek kondominium kontroversi di Batu Caves akan dibatalkan selepas Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan penerangan oleh Jawankuasa Bebas yang mengkaji dan menilai pembangunan dikawasan tersebut.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini telah mengarahkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) supaya memaklumkan perkara tersebut kepada pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd.

"Jawankuasa Bebas bagi mengkaji dan menilai pembangunan di Batu Caves dan kawasan sekitarnya telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada Selasa lalu.

"Selepas mendengar penjelasan itu, saya membuat keputusan supaya Majlis Perbandaran Selayang (MPS) membatalkan kebenaran merancang yang telah diberikan kepada Dolomite Properties Sdn Bhd untuk pembinaan kondominium Dolomite Park Avenue setinggi 26 tingkat," kata MB Selangor tersebut.

Menurut Abdul Khalid, keputusan membatalkan tersebut diambil demi keselamatan orang ramai disekeliling serta bagi mengelak kejadian tidak diingini jika projek 26 tingkat kondo tersebut diteruskan.

"Jabatan Perancang Bandar dan Desa telah membentangkan secara terperinci status pembinaan struktur dan bangunan di Batu Caves serta tahap keselamatannya.

"Kerajaan Selangor tidak berkompromi dengan mana-mana projek pembangunan yang boleh mengancam keselamatan rakyat," tambah beliau lagi.Pada 30 Oktober tahun lalu, kerajaan negeri Selangor memberikan arahan untuk menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves serta melantik badan penyiasat bebas.

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada sambutan Deepavali tahun lalu telah menabur janji dengan mengatakan kerajaan pimpinannya akan membatalkan projek pembinaan kontroversi tersebut berhampiran pusat keagamaan masyarakat Hindu di Batu Caves jika kembali memerintah Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Pembinaan kondominium yang dirancang sejak 2007 itu berhadapan tekanan terutamanya daripada pihak jawatankuasa kuil yang kini memperoleh sokongan daripada pemimpin MIC yang turut sama membantah pembinaan itu.

Malah, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), turut tidak menolak, kemungkinan perpindahan Yang Dipertua Datuk Zainal Abidin Aala ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dalam tempoh 24 jam dipercayai mempunyai kaitan dengan isu tersebut.

Pada 26 Oktober 2012, ratusan penganut agama Hindu dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) menyertai himpunan di perkarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves bagi menyatakan bantahan ke atas pembinaan kondo tersebut yang dikatakan akan memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit itu.

Bekas menteri kerja raya, Datuk Seri S. Samy Vellu yang hadir atas jemputan pihak jawatankuasa kuil turut sama menyertai demonstrasi tersebut.

Projek Dolomite Park Avenue oleh pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd di Batu Caves itu dianggap sensitif memandangkan kawasan tersebut merupakan kawan tumpuan bagi aktiviti keagamaan masyarakat Hindu dan meliputi sejumlah 170,000 kaum India yang merupakan kumpulan utama pengundi di kawasan bandar Selangor.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=64080

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads