Isnin, 18 Februari 2013

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


peristiwa menyiat hati amat terang <b>di kajang</b> - ulama pewaris nabi

Posted: 17 Feb 2013 05:31 PM PST

Disebabkan terdesak sangat mendapat sokongan orang Cina dan disebabkan ketagih mandat Pilihan Raya maka buat kali pertama sejak Merdeka , seorang Perdana Menteri UMNO/BN terpakasa menjejak kaki ke rumah terbuka anjuran pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong.
DS Najib dilaporakan hanya dapat menghadirkan diri dalam masa kuranglebih setengah jam di padang Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong di Kajang, Selangor semalam.


Beliau dikatakan sempat menyertai acara menggaul yee sang bersama pemimpin Cina dan menonton persembahan kebudayaan.

Walaubagaimanapun, DS Najib diberitakan tiba-tiba meninggalkan acara tersebut tanpa memberi sebarang ucapan atau membuat pengumuman gula-gula rakyat jutaan ringgit seperti yang selalu dilakukan dalam kempen pilihanraya umum tidak rasmi Umno BN.

Sebaik saja DS Najib meninggalkan majlis, ribuan hadirin memberi sambutan besar-besaran kepada barisan pimpinan Pakatan Rakyat walaupun Dong Zong tidak menyediakan permaidani merah atau tarian singa untuk mereka.

Ketibaan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bersama wakil-wakil rakyat DAP, Tan Kok Wai dan Charles Santiago disambut meriah, begitu juga dengan kehadiran Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.

Sambutan paling hangat diberikan oleh hadirin untuk mengalu-alukan kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim dan isterinya Dr Wan Azizah Ismail dengan secara spontan mengangkat sepanduk asal 'I Love PM' (Saya sayang Perdana Menteri) yang ditambah ayatnya menjadi 'I Love new PM Anwar' (Saya sayang Perdana Menteri Baru, Anwar).

Perlakuan spontan tersebut memperlihatkan penolakan kuat masyarakat Cina terhadap kepimpinan Najib dan kesediaan mereka untuk menerima Ketua Umum KEADILAN itu sebagai Perdana Menteri menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads