12 di sekinchan - Google Blog Search |
'Maskot <b>Sekinchan</b>' Tarik Pelancong Tempatan Dan Antarabangsa Posted: 31 Jan 2013 08:36 PM PST SEKINCHAN 31 JAN : Kerajaan Selangor komited untuk menjadikan Sekichan sebagai pusat pelancongan berdaya maju yang mampu menggamit kunjungan pelancong tempatan dan antarabangsa. Usaha itu digiatkan dengan peruntukan kira-kira RM 85,000 melalui peruntukan pembangunan pelancongan bagi membina beberapa ikon dan mercu tanda tarikan baru di sini. Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, beliau berharap Sekinchan akan menjadi tarikan pelancong antarabangsa dari Singapura, Indonesia, China, Taiwan dan Korea. "Ada pelbagai aktiviti agro pelancongan di Sekinchan ini dan ramai yang suka dengan suasana di sini dengan keindahan sawah padi, laut dan juga buah-buahan. "Kita akan terus menyokong daerah Sabak Bernam yang sudah mempunyai nama dan berharap agar kawasan pelancongan di sini akan terus berkembang dari masa ke semasa," kata Elizabeth ketika ditemui TVSelangor selepas pelancaran Maskot Sekinchan. ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, pelancaran Maskot Sekinchan itu merupakan mercu tanda baru untuk kawasan itu. "Kerajaaan Negeri memberikan sokongan daripada segi peruntukan dan pelbagai inisiatif diadakan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Sekinchan. "Salah satu ideanya ialah mencipta Maskot Sekinchan di mana ia adalah logo dan para pelancong boleh bergambar di kawasan ini," kata Suee Lim. Ujarnya, kemajuan sektor pelancongan di Sekinchan akan merancakkan sumber ekonomi di kawasan ini yang sebelum ini terkenal dengan aktiviti pertanian dan perikanan. "Dengan pesatnya sektor pelancongan ini ianya sudah dirasai oleh ramai peniaga-peniaga di sini dengan impak yang mereka perolehi daripada sumber peningkatan pendapatan seperti tempat penginapan dan jualan makanan. "Dan kini di Bagan Sekinchan banyak restoren yang berkonsepkan kampungan semakin banyak wujud dan ianya begitu memberangsangkan. "Kita juga komited akan terus membangunkan sektor pelancongan di Sekinchan ini yang akan semakin rancak di masa hadapan," kata Suee Lim. Pendapat Anda |
You are subscribed to email updates from di sekinchan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan