Ahad, 24 Februari 2013

12 di kelana jaya - Google Blog Search

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Kita hidup 2x...: Kisah <b>di Kelana Jaya</b>

Posted: 02 Oct 2012 09:48 AM PDT

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam ini istimewa. Teman UiTM saya akan menyahut seruan Allah untuk menunaikan rukun Islam ke 5. Menjadi tetamu Allah di usia belum mencecah 30 tahun adalah satu nikmat yang tidak terhingga daripada Allah. Saya cemburu. Usianya muda. Tapi telah dijemput Allah untuk bertamu di rumahNya. Di usia muda itu teman saya mengenali siapa Tuhannya. Tidak seperti saya. Sewaktu saya di usianya, saya masih sibuk dengan urusan lagha dunia. Saya cemburu. Cemburu itu bukan kerana gelaran haji yang bakal diperolehi. Cemburu itu kerana keistimewaan dan tinggi darjat yang Allah berikan pada teman saya itu. Dia seorang yang ringan tulang. Dia suka memudahkan orang lain. Dia menjaga solat. Dia jaga hukum Allah. InsyaAllah, saya yakin Allah akan memudahkan perjalanannya di sana.


Sewaktu sampai di Kelana Jaya, hati saya mulai sebak. Syahdu. Saya merasai Mekah di situ. Saya merasai Madinah di situ. Alunan talbiah cukup menggetarkan jiwa. LabbaikaAllahummalabbaik..saya menangis lagi!
Tahun 2011. Sebulan sebelum berangkat ke tanah suci, saya dan suami berkursus di Kelana Jaya. Kursus 'Smart Solat' anjuran majikan suami saya. Kami diajar tentang solat, tentang kesalahan2 yang lazim dilakukan sewaktu solat, bacaan solat dan sebagainya. Hati saya 'dibersihkan' di sini. Di Kelana Jaya ini. Kursus selama 2 hari itu cukup membuatkan saya insaf betapa saya telah banyak lalai dalam mengerjakan suruhan Allah. Malah, melakukan apa yang dilarang Allah.Astaghfirullahalazim..

Di Kelana Jaya ini, kami berqiamulail. Bermula dengan solat taubat, zikir yang dialun oleh imam sangat menyentuh perasaan dan mengingatkan saya tentang dosa2 yang saya lakukan. Selepas taubat, kami solat hajat supaya perjalanan umrah kami dipermudah Allah. Kemudian kami bertahajud. Telekung saya lencun di waktu ini. Basah sebasah basahnya. Hati saya sedikit demi sedikit sedang 'dicuci' oleh zikrullah dan solat2 sunat itu. Ya Allah, sungguh saya sangat bersyukur dengan nikmat kursus 'Smart Solat' yang Allah beri pada saya dan suami. Di situlah saya mula belajar memperbetulkan solat dan bacaan solat saya.
Kali ini saya datang lagi. Peristiwa qiamulail itu menerjah fikiran. Saya rindu untuk menangis bersungguh2 seperti itu. Menangis yang benar2 kerana Allah. Menangis yang benar2 menyesali segala perbuatan salah yang dilakukan kepada Allah.

Semoga Kelana Jaya akan menjadi saksi untuk kepergian saya sebagai jemaah haji satu hari nanti.Dan semoga saya akan menangis seperti itu lagi untuk Allah. InsyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads