Ahad, 24 Februari 2013

12 di sungai pelek - Google Blog Search

12 di sungai pelek - Google Blog Search


Teresa Kok Didesak Letak Jawatan Pengerusi DAP Selangor | Detik <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 08:58 AM PST

imagesKUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didesak meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor ekoran didakwa gagal melaksanakan tugas dengan baik selain mengamalkan sikap pilih bulu dalam menangani masalah rakyat.

Desakan itu dibuat bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R.Vellasamy yang mendakwa banyak masalah rakyat, terutama masyarakat India di Selangor yang tidak dapat diselesaikan oleh beliau.

Selain tugasnya sebagai Ahli Parlimen Seputeh, Kok juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara yang dilantik sebagai Exco kanan kerajaan Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan kerajaan negeri.

"Semua jawatan dia mahu, tetapi tidak boleh buat kerja, sebab itu sekarang banyak masalah di Selangor," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, tahun lepas, Kok mengadakan pertemuan bersama masyarakat Cina di Sungai Pelek, Sepang bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat dan sekolah, tetapi tidak mengadakan pertemuan serupa bagi menyelesaikan masalah masyarakat India.

"Sebelum ini, saya telah hantar 11 memorandum minta bantuan bagi kebajikan masyarakat India di Sungai Pelek, Sepang tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas," katanya.

Vellasamy yang dipecat daripada DAP pada Mei tahun lalu turut mendakwa, beliau digelar sebagai 'mabuk' oleh Kok kerana sering membangkitkan isu masalah rakyat yang tidak diselesaikan oleh DAP dalam beberapa mesyuarat parti itu.

"Pada tahun 2008, semasa itu mereka (pakatan pembangkang) tiada tempat untuk mesyuarat, kita bagi tempat di kuil, mereka janji akan bagi sumbangan dan tanah dengan geran untuk kuil, tetapi sampai sekarang tak ditunaikan," katanya. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads