12 di kuala selangor - Google Blog Search |
KELAB GREENBOC: Siapa Sapu Duit Projek Hospital Baru <b>Kuala</b> <b>...</b> Posted: 18 Feb 2013 08:01 PM PST Pengumuman MP Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar bahawa kawasannya akan mendapat hospital baru mengundang persoalan tentang projek hospital yang terbengkalai di Kuala Selangor 13 tahun lalu. Ini kerana projek hospital di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor sepatutnya menjadi hospital kedua untuk penduduk-penduduk kawasan Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Pada Jan 4, Selangorkini melaporkan bahawa projek hospital Kuala Selangor itu hanya tinggal papan tanda yang bertulis "Cadangan Tapak Hospital Kuala Selangor" yang terpacak di ladang kelapa sawit. Penyelaras Dun Permatang, Yahya Saari berkata Noh tidak menjelaskan bagaimana peruntukan untuk projek hospital Kuala Selangor itu dibelanjakan. Menurutnya, pengumuman Noh itu seumpama janji ulangan kepada penduduk. "Kemanakah peruntukan sebelum ini disalurkan sehingga mengakibatkan rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapatkan hospital baru? "Sedangkan rancangan pembinaannya diumumkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-8 pada 1998. "Kalau sehingga pilihan raya kali ini (PRU-13), ianya sudah menjadi PRU yang keempat atau kelima. "Ianya bukan janji baru. Yang kita persoalkan kemana perginya bajet dahulu disalurkan," katanya ketika dihubungi TVSelangor. Dalam laporan media sebelum ini Noh menyatakan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan "projek hospital baru" yang akan dibina di sebuah tapak seluas 60 ekar di Kampung Sungai Terap, Kuala Selangor. Di dalam laporan Selangorkini Jan 4, projek hospital itu diluluskan di dalam Rancangan Malaysia ke-8 pada 1998 5 comments: |
You are subscribed to email updates from di kuala selangor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan